Isu SJKT Sg Bakap: Ramasamy buat apa semasa jadi Timb. P Pinang? - Rayer

Описание к видео Isu SJKT Sg Bakap: Ramasamy buat apa semasa jadi Timb. P Pinang? - Rayer

Ahli Parlimen DAP Pulau Pinang hari ini mempersoalkan Pengerusi Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) P Ramasamy, atas tindakannya kerana tidak mendesak pembinaan sekolah Tamil di Sungai Bakap semasa dia berkhidmat sebagai bekas timbalan ketua menteri negeri itu.

Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer berkata Ramasamy yang juga berkhidmat sebagai pengerusi lembaga sekolah Tamil Pulau Pinang selama 14 tahun, telah menggunakan isu itu untuk berkempen 'memburukkan' Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Sungai Bakap.

Ramasamy dalam satu kenyataan hari ini mempersoalkan komitmen kerajaan persekutuan untuk mempercepatkan pembinaan bangunan baharu SJKT Sungai Bakap seluas empat ekar dengan bajet permulaan sebanyak RM3.5 juta dan dijadualkan siap tahun ini.

Sumber video:    • LANGSUNG: Sidang Media Ahli Parlimen ...  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке