Ucapan YAB PM dalam sambutan Hari Pekerja 2024 (01.05.2024)

Описание к видео Ucapan YAB PM dalam sambutan Hari Pekerja 2024 (01.05.2024)

Meraikan sambutan Hari Pekerja 2024 pagi tadi bersama rakan-rakan pimpinan dan penggerak sektor ekonomi negara meliputi penjawat awam dan kakitangan swasta.
Dalam ucapan, saya umum beberapa perkara penting yang sekian lama dinantikan dan perlu diangkat dalam membela kebajikan warga terkait apakala berhadapan dengan keadaan ekonomi glokal ketika ini.
Antaranya:
1. Kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.
2. Kenaikan gaji Penjawat Awam akan meningkat lebih 13 peratus yang akan melibatkan peruntukan lebih RM10 billion dimana perkara ini akan dilaksanakan bermula Disember 2024.
3. Kerajaan Sabah dan Sarawak telah bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap.67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) untuk diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.
InsyaAllah RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
Saya titip pesanan, di sebalik pengumuman ini, mana-mana penjawat awam yang tidak mempamerkan prestasi baik, pemalas dan sering lewat datang kerja, tidak layak menerima kenaikan itu.
Saya juga gesa sektor swasta yang mencatat keuntungan tinggi untuk memberikan layanan sama kepada pekerja dengan menawarkan kadar upah lebih baik.
Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama, baik persatuan atau rakan di jabatan, untuk memastikan kebersamaan semua pihak dalam mengangkat mutu dan perkhidmatan kepada rakyat serta negara di tahap lebih baik lagi.
Selamat Hari Pekerja! Moga tanggungjawab dan amanah yang dipegang selama ini dilaksanakan dengan lebih baik dan menjadi individu berguna kepada orang lain.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке