Maulana Wan Helmi : Kelebihan Umat Akhir Zaman

Описание к видео Maulana Wan Helmi : Kelebihan Umat Akhir Zaman

Maulana Wan Helmi : Kelebihan Umat Akhir Zaman

Subcribe ya channel ini    / denaihatinetwork  

Sumber : FB Ustaz Ahmad Farkhain Daie @ https://www.facebook.com/permalink.ph...

Rasulullah SAW sebenar-nya amat merindui umat-nya pada akhir zaman. Baginda SAW ketika hidupnya pernah melafazkan luahan hatinya yang amat rindu untuk melihat diri kita semua.
Kerinduan Baginda itu dinyatakan di hadapan sahabatnya, Abdullah bin Ab-bas. Beliau menceritakan, pada satu hari selepas solat Subuh berjemaah, Rasu-ullah SAW duduk sambil menghadap sahabatnya.

Video Maulana Wan Helmi kisah kelebihan umat akhir zaman @    • Maulana Wan Helmi : Kelebihan Umat Ak...   (subcribe ya)

Kemudian Baginda bertanya: “Wahai seluruh manusia, siapakah makhluk Allah yang beriman paling mengagumkan?”

Sahabat menjawab: “Sudah tentu malaikat, wahai Rasulullah.” Dengan cepat Rasulullah SAW membalas balik jawapan itu dengan menegaskan: “Bagaimana mungkin malaikat tidak beriman? Sedangkan mereka adalah pelaksana perintah Allah?”

Seketika kemudian, muncul jawapan lain daripada sahabatnya: “Jika demikian, maka sudah pasti makhluk Allah yang beriman paling mengagumkan itu adalah para nabi, wahai Rasulullah.”
Sekali lagi Rasulullah SAW bersabda: “Bagaimana mungkin para nabi tidak beriman sedangkan wahyu dari langit turun kepada mereka?”

Sahabat Baginda masih tidak berputus asa untuk memberikan jawapan dan kali ini ada yang menjawab: “Kalau begitu, makhluk Allah yang beriman paling mengagumkan adalah sahabat tuan, wahai Rasulullah.”

Rasulullah SAW sekali lagi bersabda yang sama seperti sebelumnya: “Bagaimana mungkin sahabat-sahabatku tidak beriman sedangkan mereka menyaksikan apa yang mereka saksikan mengenai diriku.

“Mereka bertemu terus denganku, melihatku, mendengar kata-kataku dan juga menyaksikan dengan mata kasar tanda-tanda kenabian dan kerasulan Ku.”

Sebaik bersabda sedemikian, Baginda terdiam sejenak, kemudian dengan perlahan tetapi bernada tegas Baginda memberitahu sahabatnya: “Demi Allah, yang paling mengagumkan imannya adalah kaum yang datang sesudah kamu.

“Mereka itu beriman kepadaku, padahal mereka semua tidak pernah bertemu dengan Ku. Mereka membenarkan diriku tanpa pernah menyaksikan diriku.

“Mereka menemui tulisan dan beriman kepada Ku. Mereka mengamalkan apa-apa yang ada dalam tulisan itu. Mereka membela Ku seperti kamu membela Ku.

“Demi Allah, aku sangat ingin berjumpa dengan para kekasih Ku itu.”

Kemudian, Baginda SAW membaca Surah al-Baqarah ayat 3: “Mereka yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepada mereka.”

Selesai membaca ayat itu, Rasulullah SAW melafazkan: “Berbahagialah orang yang pernah melihat Ku dan beriman kepada Ku.”

Video Maulana Wan Helmi kisah kelebihan umat akhir zaman @    • Maulana Wan Helmi : Kelebihan Umat Ak...   (subcribe ya)

Sambung Baginda lagi dan kali ini dengan nada penuh kerinduan Baginda bersabda: “Berbahagialah orang yang beriman kepada Ku padahal tidak pernah melihat Ku.”

Baginda SAW mengulangi lafaz itu sebanyak tujuh kali lagi: “Berbahagia-lah orang yang beriman kepada Ku padahal tidak pernah melihat Ku.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Kisah Rasulullah SAW sewaktu bersama sahabat-nya itu menggambarkan betapa Rasulullah SAW amat mengagumi umatNya yang terkemudian yang tidak pernah sekalipun menatap wajahnya.
Mereka tidak berpeluang bersemuka, mengadu dan mengajukan persoalan mengenai hal ehwal agama atas isu kehidupan seharian, tetapi masih menjunjung tinggi setiap ajaran dibawa Baginda.

Follow sosial media kami :

1. FB :   / amir.denaihati  
2. Twitter :   / santapanminda  
3. IG :   / denaihatinetwork  
4. Youtube :    / denaihatinetwork  
5. Telegram Channel : http://t.me/denaihatinetwork

Jangan lupa baca blog kami : http://denaihati.com

#MaulanaHelmi #UstazFarkhanDaie #Akhirzaman

Комментарии

Информация по комментариям в разработке