Masjid Jamek Cina Muslim Klang

Описание к видео Masjid Jamek Cina Muslim Klang

Persatuan Cina Muslim Malaysia atau Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) ialah sebuah NGO berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 8 September 1994.
Cadangan pembinaan sebuah masjid yang mempunyai reka bentuk dan bercirikan seni bina Cina (Masjid Cina) telah dirancang oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS), Jabatan Kerja Raya Selangor, MACMA dan agensi berkaitan sejak 20 Disember 2017.

Cadangan Masjid Cina tersebut telah dipersembahkan buat pertama kali kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 28 November 2018 di Istana Bukit Kayangan dan telah diperkenankan pada 7 Mei 2019/2 Ramadan 1440H. Masjid Cina ini telah diberi nama Masjid Jamek Cina Muslim Klang.

Masjid ini terletak di Bandar Botanik, Klang, Selangor dengan keluasan 2.98 ekar yang boleh menampung sehingga 1,000 jemaah. Masjid ini adalah satu-satunya masjid yang bercirikan seni bina Cina di Selangor.

Konsep perancangan Masjid ini ialah berasaskan paksi pusat dengan pembahagian ruang-ruang yang jelas dengan penggunaan ‘courtyard’. Ia mempunyai satu menara masjid yang unik bercirikan seni bina Cina dan dilengkapi dengan dewan solat dimana berbumbungkan Jubin tradisional Cina, kawasan taman boleh dijadikan ruang solat tambahan, penggunaan unsur kayu didalam ruang solat utama dan tulisan kaligrafi gaya Cina menghiasi ruang mihrab. Disamping itu, kemudahan perpustakaan, bilik-bilik kuliah, pejabat pengurusan, bilik imam, bilik persinggahan, kedai cenderamata dan restoran juga akan diadakan.

Kos pembinaan Masjid Cina ini dianggarkan sebanyak RM30 juta termasuk sebuah bangunan empat tingkat untuk kuarters imam dan lain-lain kemudahan. Pembinaan Masjid akan dibangunkan oleh Jabatan Kerja Raya Selangor. Kerajaan Selangor akan membiayai sebahagian kos pembinaan Masjid manakala selebihnya adalah daripada MACMA melalui kutipan dan sumbangan orang ramai.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке