Tarian Rambai (GTT) Festival Gala Kesenian Sekolah Rendah Dan Menengah Negeri Selangor 2022

Описание к видео Tarian Rambai (GTT) Festival Gala Kesenian Sekolah Rendah Dan Menengah Negeri Selangor 2022

TARIAN RAMBAI yang dipersembahkan oleh Pasukan Gemalai Tari Tersohor (GTT) dari SK Bukit beruntung 2, diterjemahkan keindahannya dalam seni tari sebagai salah satu di antara budaya etnik Malaysia yang unggul.
Rambai adalah tarian etnik Tidong yang ramai di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah-daerah Tawau, Kalabakan, Merotai, Bum Balai dan Sebatik. Rambai bermaksud ‘tampi’ atau ‘menampi’ dengan nyiru, adalah sangat sinonim dengan pekerjaan menanam padi seperti perilaku petani Ketika intogos (bekerja), bekabun (berkebun) dan tongoyon (bergotong-royong).
Tarian ini dipersembahkan untuk menyambut atau meraikan musim menuai dan ditarikan untuk menzahirkan kesyukuran dan kegembiraan atas kejayaan hasil tanaman padi. Para penari mengenakan busana yang berasaskan warna hitam dan hiasan renda warna emas. Kulintangan. Gendang dan gong adalah alat-alat muzik yang digunakan.
#seniuntuksemua
#skbb2tersohor

Комментарии

Информация по комментариям в разработке