Cara Buat Aneka Roti Bun Manis |Tips Dan Teknik Asas Buat Roti

Описание к видео Cara Buat Aneka Roti Bun Manis |Tips Dan Teknik Asas Buat Roti

Salam semua. Terima kasih singgah channel Mama Chik. Saya memang suka makan roti, sebab memang suka dan minat sangat roti, saya pernah menghadiri beberapa kelas untuk belajar buat roti.
Saya pun pernah juga buat bisnes aneka roti beberapa tahun dulu. Jadi kali ni saya nak kongsi untuk anda cara atau teknik asas buat aneka roti bun manis. Saya juga akan kongsikan tips-tips yang saya dapat semasa belajar kelas roti dan sepanjang buat bisnes roti. Tonton video ni kalau nak tahu macam mana cara nak bentukkan aneka jenis roti, macam yang dijual di kedai roti tu. Nanti anda boleh cuba buat kat rumah, lagi jimat boleh dapat banyak roti untuk satu adunan resepi ni. Anda boleh guna mixer atau breadmaker! Roti ni sangat sangat gebu dan sedap! Saya kongsi resepi aneka roti bun manis kat bawah ni ye:

Resepi Aneka Bun Manis

500gram Tepung High Protein/ Tepung roti
70gram Gula
1 sudu besar Yis
1 sudu teh Serbuk Penaik
1 sudu teh Garam
1 biji Telur
1 sudu besar Susu Pekat
250ml Air Sejuk/Ais
50gram Marjerin

Inti:
Inti Kacang Merah
Mentega
Gula
Sosej

Cara-cara:
Mengadun doh roti 0:15
Persediaan Inti 1:08
Membulat doh 1:33

Aneka Bentuk Roti
Roti Kacang 1 : 2:04
Roti Kacang 2 : 2:46
Roti Kacang 3 : 3:03
Roti Sosej 1 : 3:47
Roti Sosej 2 : 4:34
Roti Manis 1 : 5:05
Roti Manis 2 : 5:30

Persediaan Sebelum Bakar : 5:47
Selepas Bakar : 6:47

Selamat Mencuba.
#resepirotimudah #resepianekaroti #carabuatroti

Комментарии

Информация по комментариям в разработке