Mendakwa Tahu Perkara Ghaib - Persamaan Syiah & Tareqat Kesufian - Ustaz Halim Hassan

Описание к видео Mendakwa Tahu Perkara Ghaib - Persamaan Syiah & Tareqat Kesufian - Ustaz Halim Hassan

Syiah, Sufi, dan Tareqat Ada Persamaan. - Jika Darurat Boleh Pergi Bomoh? Pendapat Ibnu Kathsir.

Pinjam video asal dari 20120501-HALIM HASAN-SYIAH & AQIDAH..LAFAZ SYAHADAH SYIAH - ONETAJDID-ONEKULIAH

Hukum Orang Yang Mengaku Mengetahui Perkara Ghaib

Oleh: Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Soalan:

Apa hukum orang yang mengaku mengetahui perkara ghaib ?

Jawapan:

Hukum orang yang mengaku mengetahui ilmu yang ghaib adalah KAFIR, kerana dia mendustakan Allah subhanahu wa ta'ala. Allah berfirman:

"Katakanlah: "Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan" [An-Naml : 65].

Allah memerintahkan kepada Nabi-Nya Muhammad sallallahu alaihi wa sallam untuk memberitahu kepada manusia bahawa tidak ada seorang pun di bumi mahu pun di langit yang mengetahui ilmu ghaib kecuali Allah subhanahu wa ta'ala. Sesungguhnya orang yang mengaku mengetahui ilmu yang ghaib, maka dia telah mendustakan Allah subhanahu wa ta'ala tentang khabar ini.

Kita tanyakan kepada mereka: Bagaimana mungkin kalian mengetahui perkara ghaib, sedangkan Nabi pun tidak mengetahui? Adakah kalian lebih mulia daripada Rasul sallallahu alaihi wa sallam?

Jika mereka menjawab: "Kami lebih mulia daripada Rasul sallallahu alaihi wa sallam, maka mereka telah kafir kerana ucapan itu.

Jika mereka mengatakan: Bahwa Rasul sallallahu alaihi wa sallam lebih mulia, maka kami katakan: Kenapa Rasul tidak mengetahui yang ghaib, sedangkan kalian mengetahui?

Allah berfirman:

"(Dia adalah Tuhan) Yang Mengetahui yang ghaib, maka Dia tidak memperlihatkan kepada seorang pun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diredahi-Nya, maka sesungguhnya Dia mengadakan penjaga-penjaga (malaikat) di muka dan belakangnya" [Al-Jin : 26-27].

Ini adalah ayat kedua yang menunjukkan atas kafirnya orang yang mengetahui ilmu ghaib. Allah subhanahu wa ta'ala telah memerintahkan Nabi-Nya sallallahu alaihi wa sallam untuk mengkhabarkan kepada manusia dengan firmanNya:

"Katakanlah: "Aku tidak mengatakan kepadamu, bahawa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (juga) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (juga) aku mengatakan kepadamu bahawa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku" [Al-An'am : 50].

[Disalin dari kitab Majmu Fatawa Arkanil Islam, edisi Indonesia Majmu Fatawa Solusi Problematika Umat Islam Seputar Akidah dan Ibadah, Penulis Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, Terbitan Pustaka Arafah]

Kredit artikel : Abu Aqif al-Aman

Комментарии

Информация по комментариям в разработке