Ucapan Anwar Ibrahim di Majlis Ramah Mesra bersama peniaga Pasar Besar Siti Khadijah (1.10.24)

Описание к видео Ucapan Anwar Ibrahim di Majlis Ramah Mesra bersama peniaga Pasar Besar Siti Khadijah (1.10.24)

Usai Istiadat di Istana Negeri, Kubang Kerian, saya langsung ke Pasar Besar Siti Khadijah bagi bertemu para peniaga dan warga Kelantan.
Saya zahirkan penghargaan kepada komuniti peniaga di Pasar Besar Siti Khadijah dan menyentuh keperluan untuk membangunkan lokasi ini sebagai hub ekonomi utama masyarakat setempat khususnya bagi penduduk Kota Bharu.
Untuk itu, saya telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM5.5 juta bagi kerja-kerja pembersihan, membaik pulih bumbung dan tandas, mengecat bangunan Pasar Besar Siti Khadijah serta kerja-kerja pendawaian elektrik.
Saya percaya proses naik taraf mercu ikonik negeri Kelantan ini mampu memberi manfaat kepada semua peniaga dan para pengunjung.
Dalam kesempatan sama, saya turut umumkan Kerajaan MADANI memperuntukkan RM8 juta bagi menampung kos projek membina dan menyiapkan Pusat Dialisis Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim. Peruntukan ini akan disalurkan melalui Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan.
Insya-Allah, saya dan rakan-rakan pimpinan akan terus bekerja keras serta bekerjasama membantu rakyat negeri Kelantan.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке