Nasi Ayam Gepuk Pedas Berlemak

Описание к видео Nasi Ayam Gepuk Pedas Berlemak

Assalamualaikum, jom tengok Che Nom nak sediakan menu yang sangat sedap dan berasal yang dari negara jiran kita Indonesia..tapi orang Malaysia suka banget makan ni iaitu Set Ayam Gepuk top universe yang cukup mantap. Tudiaa…nama.

Che Nom sekeluarga mmg suka makan set ayam gepuk untuk lunch, ayam panas-panas pekena dengan sambal pedas pasti berpeluh makan. Yang penting dalam set ni ialah sambal nya tu. Kena ada rasa pedas, di haluskan dengan minyak gorengan ayam dan ada rasa berlemak dari gajus.

Dan yang special juga, cara penyediaan ayam gepuk tu sendiri. Kita rebus ayam dengan rempah kisar sampai menyerap rasa bumbunya kemudian baru lah goreng deep fry sampai garing. Bumbunya pula kita guna untuk penyediaan side dish iaitu tempe dan tauhu. Kombinasai keduanya cukup padu, dan hasilkan satu hidangan yg cukup lengkap. Jom lah masak sendiri.

//Bahasa Melayu
-----------------------------
Bahan rebusan ayam:
2 inci kunyit hidup
5 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
4 biji buah keras
1 sb serbuk ketumbar
2 sk serbuk seasoning (pilihan)
3 helai daun salam
2 sk garam
1 sk gula
1 sk serbuk seasoning (pilihan)
Air secukupnya

Bahan sambal gesek:
120g cili padi
60g kacang gajus panggang
3 ulas bawang putih
1/2 sk serbuk msg
1 sk serbuk pati ayam
Minyak gorengan ayam secukupnya

Bahan kremes/kriuk kriuk:
1 sb tepung beras
1 sb tepung gandum
Air rebusan ayam secukupnya

Bahan sampingan:
Tauhu
Tempe
Timun

//English
-----------------------------
Boiled chicken ingredients:
2 inches turmeric
5 cloves garlic
1 1/2 inches ginger
1 inch galangal
1 stick lemongrass
4 candlenut
1 tbsp coriander powder
2 tsp seasoning powder (optional)
3 bay leaves
2 tsp salt
1 tsp sugar
1 tsp seasoning powder (optional)
Sufficient water

Sambal gesek ingredients:
120g bird eye's chilies
60g roasted cashew nuts
3 cloves garlic
1/2 tsp msg powder
1 tsp chicken seasoning powder
Oil used for frying chicken

Kremes/kriuk kriuk ingredients:
1 tbsp rice flour
1 tbsp plain flour
Enough chicken broth

Side ingredients:
Tofu
Tempeh
Cucumber

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
Jenama Kuali : https://chenom.my/kuali-yang-selalu-c...
Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-...
Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-no...

#resepichenom

Комментарии

Информация по комментариям в разработке