Pesta Kaul Kampung Klid, Dalat 2022

Описание к видео Pesta Kaul Kampung Klid, Dalat 2022

28 Disember 2022, Rabu - Balairaya Klid, Dalat

YBDS Hajah Fatimah Abdullah merasmikan Pesta Kaul Klid, Dalat 2022 bertempat di tebingan sempadan Kpg Klid Batang Oya dan Balairaya Kampung Klid.

Kaul Sungai di Kpg Klid merupakan kaul asli dan ia disambut setiap penghujung bulan Disember setiap tahun. Upacara wajib perarakan serarang dan rabong dalam kaul asli ini diketuai oleh Bapak Kaul dan dikuti di belakang oleh penduduk2 Klid mengguna bot masing2 menjadijan ia satu ritual yg unik dan menarik. Pematuhan kpd peraturan Kaul asli ini atau ‘ palei’ dlm bahasa Melanau sangat dititiik beratkan sebab Melanau likou percaya pelanggarannya akan mendatang musibah kpd individu tersebut. Selain itu sesiapa yg melanggar peraturan akan dikena hukuman. Di tempat mencacak serarang, ada acara persembahan makanan dan memberi makan kpd Ipok Sungai. Bapa Kaul membaca mentera dan minta Ipok memberi kesihatan , keselamatan serta rezeki kpd seluruh penduduk kpg.

2 kpg iaitu Kpg Klid dan Kpg Narub dengan bilangan penduduk 724 dari 120 buah rumah telah bekerjasama dlm menganjur pesta Kaul tahunan ini dan YBDS memuji sikap bersatu padu kedua2 buah kpg tersebut dan juga pemeliharaan adat tradisi kaum Melanau. Juga usaha sedar melibatkan generasi muda dlm acara ritual ini. Berita baik turut disampaikan oleh YBDS dimana projek sakit Jln Medong, Lebrasau Klid akan disambung semula pada tahun 2023 oleh Kontraktor baru . YBDS mengucapkan kasih kpd kerajaan negeri atas kelulusan RM70 juta utk projek tersebut. Bila siap nanti Jalan ini akan menghubung 2 kpg Melanau terpencil ini dengan pekan Dalat, membawa kedua buah kpg ini ke arus perdana, dan membangunkannya secara inklusif serta bersepadu.
Turut disampaikan semasa majlis tersebut ialah cek MRP ADUN N56 Dalat utk penganjuran Pesta Kaul Kampung Klid 2022

Комментарии

Информация по комментариям в разработке