[Laporan Khas] 6 MP kekal: Keputusan speaker cetus percanggahan antara peguam dan MP PKR

Описание к видео [Laporan Khas] 6 MP kekal: Keputusan speaker cetus percanggahan antara peguam dan MP PKR

Yang Dipertua Dewan Rakyat Johari Abdul memutuskan bahawa 6 Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim kekal sebagai Ahli Dewan Rakyat menurut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

Mereka adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Adakah tindakan Johari tersebut dibuat mengikut perlembagaan? Wartawan KiniTV Seth Akmal mendapatkan pandangan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) mengenai keputusan yang penuh kontroversi tersebut.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке