Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang Selangor | Universiti Pertanian Malaysia (4k Video)

Описание к видео Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang Selangor | Universiti Pertanian Malaysia (4k Video)

Universiti Putra Malaysia (UPM, dahulu dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia) telah ditubuhkan pada 29 Oktober 1971, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang.

UPM mempunyai dua kampus, iaitu sebuah kampus utama terletak di Serdang, Selangor, menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, dan kedoktoran, manakala sebuah lagi adalah kampus cawangan terletak di Bintulu, Sarawak, menawarkan pendidikan peringkat diploma.

Pada 3 April 1997 Universiti Pertanian Malaysia ditukar nama kepada Universiti Putra Malaysia.

UPM merupakan salah sebuah daripada 5 universiti di Malaysia yang bertaraf universiti penyelidikan. Lagu rasmi UPM ialah "Putra Gemilang".

Dr. Mohd Rashdan Baba menjadi Naib Canselor yang pertama. Sebelum itu, Dr. Mohd Rashdan Baba merupakan Pengetua Kolej Pertanian Malaya dari tahun 1965 hingga 1969.

Penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. la adalah merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan kedudukan UPM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian dan secara langsung tidak menjadikan pertanian lagi sebagai teras utama UPM dalam membentuk sistem kajian dan pendidikannya.

Setakat ini Universiti Putra Malaysia mempunyai 15 fakulti, 2 sekolah, 10 institut, 10 kolej kediaman, 2 taman, 1 akademi dan sebuah kampus cawangan.

Senarai fakulti dan sekolah:
Fakulti Pertanian (FP)
Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar (FHAS)
Fakulti Perubatan Veterinar (FPV)
Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE)
Fakulti Kejuruteraan (FK)
Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP)
Fakulti Sains (FS)
Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM)
Fakulti Ekologi Manusia (FEM)
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK)
Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB)
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM)
Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB)
Sekolah Pengajian Siswazah (SGS)
Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan
Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains
Senarai institut
Pusat kecemerlangan pendidikan tinggi (HICOE)
Institut Biosains (IBS)
Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP)
Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFoS)
Institut Penyelidikan
Institut Teknologi Maju (ITMA)
Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS)
Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing)
Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM)
Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH)
Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS)
Institut Kajian Perladangan (IKP)
Senarai pusat
Pusat Perhubungan Alumni
Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (CEM)
Pusat Kokurikulum & Pembangunan Pelajar (PKPP)
Pusat Sukan
Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
Pusat Kesihatan Universiti (PKU)
Pusat Islam
Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan eNDOWMEN (WAZAN)
Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS)
Pusat Pembangunan Akademik (CADe)
Pusat Asasi Sains Pertanian (ASPer)
Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC)
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
Pusat Hubungan dan Jaringan Industri (CiRNeT)
Pusat Jaminan Kualiti (CQA)
Pusat Penerbit Universiti
Senarai taman dan akademi
Putra Science Park (PSP)
Taman Pertanian Universiti (TPU)
Akademi Sukan
Senarai kolej kediaman UPM
Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI)
Kolej Canselor (KC)
Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS)
Kolej Pendeta Zaba (KPZ)
Kolej Ke Sepuluh (K10)
Kolej Kedua Belas (K12)
Kolej Ketiga Belas (K13)
Kolej Keempat Belas (K14)
Kolej Ketujuh Belas (K17)
Kolej Sri Rajang (KSR)
K12 dan K14 diletakkan di bawah pengurusan bersama pihak UPM dan pihak swasta, manakala kolej-kolej yang lain diuruskan oleh pihak UPM secara keseluruhannya.

UPM Kampus Bintulu, Sarawak

Institut Ekosains Borneo
Antara program yang ditawarkan oleh UPM Kampus Bintulu adalah seperti berikut:

Persediaan diploma
Program Persediaan Diploma Sains
Diploma
Diploma Pertanian
Diploma Perikanan
Diploma Perhutanan
Diploma Kesihatan Haiwan dan Penternakan
Diploma Pengurusan Perladangan Makanan
Diploma Perniagaantani
Diploma Kejuruteraan Pertanian
Diploma Sains Komputer
Diploma Pembangunan Manusia
Bacelor
Bacelor Sains Bioindustri dengan Kepujian
Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian
Bacelor Sains Perhutanan dengan Kepujian (Perhutanan Ladang)
Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan (Kepujian)
Bacelor Sains Kimia Perindustrian dengan Kepujian
Pengajian pascasiswazah
Program Master dan PhD juga ditawarkan.
#malaysia #fawwazmedia
--------------
Aural Nights by MusicbyAden |   / musicbyaden  
Music promoted by https://www.chosic.com/free-music/all/
Creative Commons CC BY-SA 3.0
https://creativecommons.org/licenses/...

Комментарии

Информация по комментариям в разработке