Ayam Masak Kerisik. Kuah Pekat. Sedap Terangkat.

Описание к видео Ayam Masak Kerisik. Kuah Pekat. Sedap Terangkat.

Assalammualaikum dan hi semua,

Resipi ini merupakan resipi ayam yang bukan sahaja sesuai untuk dijadikan menu dalam hidangan harian seperti makan malam malahan sesuai juga dimasak untuk majlis kenduri. Penyediaannya amat mudah serta ringkas dan bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati.

Namun paling utama dalam masakan ini ialah kerisik kerana ia memberi aroma yang lebih sedap dan juga lebih berlemak. Bila siap dimasak rasanya ala2 rendang dan sedap dimakan dengan nasi minyak atau nasi beriani. Tetapi nak makan dengan nasi putih pun ngam sangat.

Ayam Masak Kerisik.

Bahan-bahan

1 ekor ayam
200ml santan
2 keping asam keping
4 sudu besar cili kering kisar
5 helai daun limau
5 sudu besar minyak

Bahan Kisar
4 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
3 biji cili merah
6 biji cili padi
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai
6 biji buah keras

KERISEK CHICKEN
This recipe is not only suitable for daily meals like dinner but also perfect for festive occasions. Its preparation is very easy and straightforward, using readily available ingredients.

However, the key ingredient in this dish is toasted coconut paste ('kerisik'), which gives it a richer aroma and texture. When cooked, it tastes somewhat like rendang and pairs deliciously with fragrant rice or biryani rice. Even with plain white rice, it is equally enjoyable.
Ingredients
1 whole chicken
200ml coconut milk
2 pieces dried tamarind slices
4 tablespoons ground dried chilies
5 kaffir lime leaves
5 tablespoons oil

Ground Ingredients
4 large shallots
5 cloves garlic
3 red chilies
6 bird's eye chilies
1 inch ginger
1 inch galangal
2 stalks lemongrass
6 candlenuts

Selamat Mencuba!

Teruskan tengok video ini sampai habis dan jangan lupa subscribe.
Jangan lupa juga untuk follow Kak Yan di platforms berikut:

Instagram:  / ​​  
Facebook:  / ​​  
Blogspot: https://azianhasan.com/

Комментарии

Информация по комментариям в разработке