Cakoi 27 Tahun LEMBUT & SEDAP Cakoi & Donut Cik Lah | Deep Fried Dough | 油条 | Китайский жареный хлеб

Описание к видео Cakoi 27 Tahun LEMBUT & SEDAP Cakoi & Donut Cik Lah | Deep Fried Dough | 油条 | Китайский жареный хлеб

JOM JADI RAKAN PENGHANTAR DEGO » https://bit.ly/3iJPjyJ

Gunakan referral link Destinasi TV ini dan nikmati bonus istimewa RM80 dan Tshirt Dego secara percuma. Tertaluk kepada terma & syarat.

Download aplikasi Dego:
Apple: https://apple.co/2D98AK2
Android: https://bit.ly/3ga5WlR

===========
Selamat datang ke rancangan terbaru Destinasi TV, Street Food Kuala Lumpur dimana kami akan mencari makanan jalanan yang terbaik di sekitar Kuala Lumpur.

Untuk episode kali ini, kami pergi ke satu gerai bernama Cakoi & Donut Cik Lah yang telah beroperasi di Pantai Dalam, Kuala Lumpur hampir 27 tahun. Diusahakan oleh Cik Lah dan arwah suaminya, perniagaan ini bermula hanya di tepi jalan sehingga beliau memiliki sebuah gerai untuk meneruskan perniagaannya sehingga sekarang.

Kisah Cik Lah telah menyentuh hati kami dimana beliau membesarkan anak-anak beliau dengan hasil penjualan Cakoi lebih dari sedekad. Sehingga hari ini, perniagaan Cik Lah diusahakan oleh anak-anak beliau dan mereka masih mengekalkan kualiti dan citarasa yang sama seperti yang dahulu. Malah, orang ramai sanggup beratur panjang untuk membeli Cakoi daripda gerai Cik Lah.

Apa yang lagi menarik dengan Cakoi Cik Lah adalah kerangupan dan kegebuan cakoi mereka disertakan dengan sos cicah yang dibuat sendiri iaitu kaya dan sambal. Tidak dilupakan juga dengan donut yang berintikan kacang merah yang pasti anda semua tidak rugi untuk cuba!

📍Lokasi: Gerai Cakoi & Donut Cik Lah
GM7-02 bazaria pantai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur

☎️ Telefon » 011-12402110
⏰ Waktu Operasi » Setiap hari pada jam 2:30 Petang hingga 6:30 Petang.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке