Resepi Sambal Penyet Sedap Dan Mudah

Описание к видео Resepi Sambal Penyet Sedap Dan Mudah

Resepi Sambal Penyet

Bahan-bahan
10 biji biji bawang besar
30 biji cili padi merah dan hijau
20 biji cili merah
10 ulas bawang putih
8 biji tomato
100 gm belacan ( boleh kurangkan atau lebihkan ikut citarasa)
Gula melaka dan garam ikut manis dan masin

Cara penyediaan :

Potong cili merah dan cili padi supaya bila goreng tak meletup

Belah 4 tomato

Potong bawang besar kepada 4 belah.

Panaskan minyak dalam anggaran 1 cawan dan goreng cili, bawang besar dan bawang putih sehingga semua bahan layu.

Masukkan tomato. Goreng lagi sehingga tomato layu.

Masukkan belacan. Goreng sehingga belacan garing dan wangi

Tutup api dan biarkan sejuk sekejap

Kisar bahan goreng dalam mesin pengisar (food processor) atau blender. Jika blender mungkin perlukan sedikit air.

Kisar jangan terlalu kasar.

Selepas kisar, panaskan lebihan minyak dalam kuali.

Masukkan sambal yang dikisar dan masak sekali lagi sehingga minyak naik ke atas sambal.

#sambalpenyet #malaysianfood #resepimudah #cosmiccookware

Комментарии

Информация по комментариям в разработке