138 : BROMELIAD -BILA HATI TERPAUT . DEMI BROMELIAD, TUNGGUL SANGGUP DISERET ( MJJANA ): EP138

Описание к видео 138 : BROMELIAD -BILA HATI TERPAUT . DEMI BROMELIAD, TUNGGUL SANGGUP DISERET ( MJJANA ): EP138

EPISOD 138 : BILA HATI TERPAUT PADA BROMELIAD. DEMI BROMELIAD, TUNGGUL SANGGUP DISERET.
Bromeliad adalah tumbuhan tropika yang mempunyai pelbagai jenis daun dan bunga.
Ia dikategorikan dibawah keluarga nenas kerana keadaan daunnya yang hampir sama dengan daun nenas.
Warna daunnya yang terang, bentuknya yang menarik dan tekstur yang halus menjadikan bromeliads adalah pilihan terbaik untuk tanaman hiasan rumah dan taman.
Menyiram
Teknik penyiraman untuk bromeliad adalah
1. siraman terus pada medium tanaman dan atau
2. 'dunk method'. ‘Dunk Method’ adalah teknik membanjiri bahagian daun tanaman.

Penyiraman pada medium tanaman antara teknik yang sesuai kerana mampu mengelakkan bahagian daun menjadi reput akibat pengumpulan air pada permukaan antara daun.
Namun aktiviti penyiraman secara berlebihan bakal membawa kepada masalah pereputan akar pokok. Secara naturalnya Bromeliads adalah tanaman yang hidupnya tergantung dan memerlukan hanya sedikit air.

‘Dunk Method’ adalah teknik terbaik untuk menghidari masalah reput akar. Jika kaedah ‘Dunk Method’,digunakan, pastikan air lebihan yang terdapat pada bahagian daunnya dibuang setiap 3-4 hari bagi mengelakkan masalah reput daun.
Selain itu ia juga membantu mengurangkan masalah pembiakan telur dan larva nyamuk.


2. Medium Tanaman
Medium tanaman yang terbaik untuk tanaman bromeliad adalah serpihan sabut kelapa.
Ia memberikan pengairan yang baik pada akar tanaman. Selain itu, serpihan kelapa mengandungi fibre dimana tekstur fibre dilihat mampu mengurangkan serangan perosak pada tanaman bromeliads. Serpihan kelapa boleh diguna semula dan sangat menjimatkan kos.

Anda juga boleh menggunakan tanah sebagai medium tanaman untuk bromeliad, namun pastikan nisbah kandungan tanah bersesuaian untuk bromeliad tumbuh subur. tanah boleh dicampurkan dengan perlite atau pasir untuk menggalakkan pengairan yang baik pada tanaman bromeliad.

3. Baja
Bromeliads adalah dari beberapa helai daun yg tersusun unik, maka baja terbaik untuk tanaman ini adalah baja subur dengan formulasi NPK 15-15-15. Apabila memasuki fasa berbunga, baja yang boleh baja digunakan ialah yang tinggi kandungan Fosforus bagi menggalakkan proses pembungaan.

4. Penyakit & Serangga
Kebiasaan penyakit yang akan menyerang tanaman bromeliads anda adalah penyakit reput daun dan akar yang disebabkan oleh bakteria. Keadaan ini wujud apabila air terkumpul diantara permukaan daun dan tanah. Untuk menanganni situasi ini, pastikan terdapat penjarakan diantara tanaman bromeliads, penjarakan ini bakal mewujudkan kitaran udara dan pengairan yang baik pada tanaman.
Serangga utama untuk tanaman bromeliads adalah siput.
Oleh itu sentiasa periksa medium tanaman agar sebarang simptom serangga dan penyakit dapat dikesan dari peringkat awal lagi.

5. Cahaya Matahari
Bromeliads tumbuh di kawasan redup antara tumbuhan lain yang mempunyai kelembapan tinggi.
Bagi mewujudkan semula keadaan dan mencipta suasana sama seperti habitat asal fauna ini, letakkan tanaman Bromeliads anda dibawah kawasan redup seperti dibawah anjung, di bawah jaring teduhan atau gantungkannya pada bahagian kulit pokok. Jika tanaman ini terdedah kepada cahaya matahari terus, bahagian daunnya akan terbakar dan peratusan untuk Bromeliads untuk terus hidup adalah rendah
#selfteraphy
#selfmotivation
#thinkpositive
#mjjana
#bromeliad

Комментарии

Информация по комментариям в разработке