DIY: Cara kuatkan tekanan air rumah tanpa mengunakan pam

Описание к видео DIY: Cara kuatkan tekanan air rumah tanpa mengunakan pam

Assalamualaikum dan salam sejahtera penonton, video ini akan memberi anda semua sedikit ilmu bagaimana mahu meninggikan tekanan air dalam rumah tanpa mengunakan apa apa pam air. Harap video ini dapat memberi idea dan menjimatkan duit anda. Jangan lupa subscribe, like and kongsikan pada rakan dan jiran-jiran anda.

Diagram bagi pemasagan ini:
https://drive.google.com/file/d/1_wWv...

KELEBIHANNYA:
~ Dapat mengunakan air dengan selesa.
~ Menjimatkan kos dari membeli pam yang bernilai ratusan ringgit dan kos penyelenggaraan pam.
~ Menjimatkan penggunaan elektrik.

PERHATIAN:
~ Kalau anda mampu dari segi kewangan seeloknya gunakan pam daripada mengunakan cara ini. Ini kerana tekanan air dari paip utama tidak stabil. Ada kalanya tinggi dan ada kalanya rendah.
~ Kaedah ini tidak sesuai digunakan di kawasan tekanan air rendah. Kaedah ini akan tidak memberi apa apa kesan. Malah anda hanya membazirkan wang ringgit.
~ Pastikan paip di dalam rumah anda mampu menerima tekanan yang tinggi kerana tekanan air dari paip utama akan tinggi pada waktu malam. Jika tidak mampu menerima tekanan yang tinggi, perkara ini akan menambahkan masalah di dalam rumah anda.
~ Pengunaan untuk rumah 2 tingkat dan ke atas tidak digalakkan.

PENAFIAN:
~ Apabila kaedah ini digunakan, tangki tidak akan berfungsi. Air yang digunakan adalah bersumberkan paip utama. Jika air dari paip utama terputus, barulah air tangki anda akan digunakan. Berkhemahlah dalam menggunakan air.
~ Jika tangki anda di atas langit atau di bawah tanah, anda tetap boleh mengikut cara ini asalkan paip utama mempunyai tenanan air yang kuat (melebihi 1.8 bar).

SENARAI BAHAN:
~ Injap sehala (tidak kurang dari 2 biji)
~ Batang paip yang mencukupi mengikut saiz
~ penyambung paip tegak, L dan T (jika perlu)
~ Gam PVC
~ Pita PTFE (tape putih)

Lagu di akhir video:
The Fat Rat - Time Lapse |    • TheFatRat - Time Lapse  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке