RETROSPEKTIF : KAMPUNG GANDA TEMENGOR (1976)

Описание к видео RETROSPEKTIF : KAMPUNG GANDA TEMENGOR (1976)

#LensaFINAS
#RetrospektifSinema

FINAS mempersembahkan program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif dokumentari 'Kampung Ganda Temengor (1976)' terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) yang merakamkan kisah sebuah desa yang terletak di tengah-tengah hutan belantara di Ulu Perak yang akan tenggelam apabila Projek Empangan Hydroeletrik siap nanti. Sebuah perkampungan baru di sediakan bagi penduduk-penduduk di Desa Temengor ini, lengkap dengan segala kemudahan asas. Turut dirakamkan adalah langkah-langkah pemindahan yang dijalankan bermula dari mesyuarat perancangan hinggalah ke hari perpindahan yang dijalankan pada bulan Ogos 1976. Peralatan dan barang kepunyaan penduduk di bawa dengan menaiki lori, haiwan ternakan di pindah dengan dikendalikan oleh Jabatan Haiwan, manakala wanita, kanak-kanak dan warga emas di bawa dengan menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia. Kawalan rapi di jalankan oleh anggota-anggota petugas keselamatan sepanjang tempoh perpindahan di jalankan. Pada 4 Ogos 1976, KDYMM Sultan Perak diiringi Menteri Besar Perak dan Pengerusi Lembaga Letrik Negara merasmikan perkampungan baru ini yang di beri nama Kampung Ganda Temengor.

Tonton dokumentari ini secara eksklusif hanya di saluran BERNAMA TV pada 2 Disember 2021 (Khamis) jam 8.30 malam dan YouTube FINAS Malaysia pada 3 Disember 2021 (Jumaat) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di    • RETROSPEKTIF : KAMPUNG GANDA TEMENGOR...  

#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua
#KeluargaMalaysia

Комментарии

Информация по комментариям в разработке