Menjelaskan Kekeliruan Sekitar Hukum Mewarnakan Rambut Beruban - Maulana Asri

Описание к видео Menjelaskan Kekeliruan Sekitar Hukum Mewarnakan Rambut Beruban - Maulana Asri

Petikan Kuliah S.Muslim 221210 Bab Uban Nabi s.a.w. - Syarahan Oleh Maulana Muhammad `Asri Yusuff Bab ini menyatakan hadits2 ttg Nabi s.a.w. mempunyai uban tetapi dlm kadar yg sedikit iaitu di rambut bahagian tepi, pelipis (jambang) & janggut sepat (janggut bwh bibir).

Antara kandungan petikan:
Boleh mewarnakan rambut yang beruban bahkan menjadi sunnah kerana ia adalah amalan sahabat iaitu Abu Bakar & Umar dan Nabi s.a.w. juga mewarnakan rambutnya menurut Shahih Bukhari dan hadits-hadits dlm kitab Sunan lain.

dalil2 dlm hadits2 shahih muslim & ktb2 sunan lain juga menunjukkan bahawa ia bknlah haram kerana menjadi amalan Nabi dan para sahabat
Keharusan mewarnakan rambut adalah berkait dengan beberapa sebab:

1- Untuk mengembalikan rambut yang beruban ke warna asal & Nabi s.a.w. suka ummatnya kelihatan cantik, segar & sihat

2- Ini bermakna ia tiada kaitan langsung dengan mereka yang tiada uban atau mereka yang ingin mewarnakan rambut menjadi warna biru kerana tiada orang yang asal warna rambutnya biru di dunia ini. Begitu juga dgn identiti bangsa, sekiranya melayu sdh tentu rambutnya hitam dan maklum bahawa melayu bkn berambut perang maupun keemasan / blonde maka tiada keharusan untuk mewanakan rambut demikian

Комментарии

Информация по комментариям в разработке