WISANA - PERJUANGAN ANAK PULAU

Описание к видео WISANA - PERJUANGAN ANAK PULAU

Wisana Village Resort merupakan sebuah resort percutian berkonsepkan privacy, santai, ala kampung dan patuh shariah yang telah diusahakan oleh dua orang adik beradik anak jati Pulau Redang iaitu Mat Awi (Ayoh Wi) dan Hassan (Ayoh Su). Usaha mereka telah dilakukan dengan gigih sejak tahun 1992 lagi. Bermula dengan hanya mendirikan tapak perkhemahan untuk para pengembara dan pelancong yang datang bercuti ke Pulau Redang.

Setelah hampir 28 tahun beroperasi, Wisana Village kini telah berjaya menempa nama bukan sahaja di dalam negara, malah di peringkat antarabangsa juga. Ianya membuktikan bahawa sebuah 'resort kampung' yang dibangunkan oleh anak jati Pulau Redang juga mampu bersaing dengan resort-resort bertaraf antarabangsa di sekitarnya, sekiranya mereka diberikan peluang dan ruang yang adil.

Wisana Village bukan sekadar resort biasa. Ianya adalah satu simbol jerih perih kegigihan anak jati tempatan yang serba kekurangan yang berusaha keluar dari kepompong kemiskinan yang membelenggu keturunan sejak sekian lamanya.

Ia adalah penyatuan dan kesinambungan legasi dua keluarga yang telah melangkaui dua generasi di Pulau Redang. Kini, ia sedang diusahakan oleh anak-anak Mat Awi dan Hassan - terus membuka peluang kepada mereka untuk menggapai masa depan yang lebih baik dan terjamin. Wisana Village Resort telah memberikan inspirasi dan aspirasi kepada penduduk tempatan, khususnya generasi muda Pulau Redang untuk mereka terus membangunkan dan memajukan diri, keluarga dan bangsa mereka.

Namun begitu, Wisana Village Resort sedang berhadapan satu cabaran dan ancaman yang sangat genting sekarang. Ancaman yang bakal memusnahkan usaha mereka sejak 28 tahun dahulu. Usaha yang boleh membuatkan mereka kembali kepada kepompong kemiskinan seperti sebelum Wisana berdiri. Wisana Village Resort berdepan dengan isu tanah yang berkemungkinan akan meragut mata pencarian mereka, merobek maruah bangsa dan mensia-siakan perjuangan dua generasi ini. Ikuti kisah mereka dengan menonton filem pendek ini dan jangan lupa kongsikan filem pendek khas ini.

#SaveWisanaRedang #SelamatkanWisanaRedang #hugsproject

Комментарии

Информация по комментариям в разработке