BILA MAESTRO ROCK MELAYU DATUK RAMLI SARIP BERBICARA

Описание к видео BILA MAESTRO ROCK MELAYU DATUK RAMLI SARIP BERBICARA

Lebih lima dekad DATUK RAMLI SARIP bergelar penyanyi dan komposer. Setengah abad yang mengisi warna-warni dan suara nurani muzik Melayu Nusantara.

Dari suara kemanusiaan bermula 1964 hingga 1986 bersama Sweet Charity - rona muzik band Kota Singa ini sudah ketara sangat berbeza.
Melalui nyanyian Sejuta Wajah | Pelarian | Musibah | Ribut 10:59 Pagi | Berita Gempa - DRS mengembara bersama Sweet Charity ke asmosfera lagu rakyat dalam versi rock klasik.

Runut Melayu band ini tertera pada lagu Jangan Tunggu Lama-lama | Penunggu | Jangan Tak Jadi | Berjalan Malam | Raja Kumbang | Batu | Dunia Perlumbaan | Teratai.

DRS menuju perjalanan solo pada 1988 dengan tema lebih manusiawi. Momen yang menjadikan dirinya sebagai maestro manusiawi dalam rock & blues tempatan.

BUKAN KERANA NAMA ialah lagu "matahari" solonya. Sekaligus tanda jiwa yang menjadikan DRS sebagai
"sang manusiawi muzik".

Комментарии

Информация по комментариям в разработке