Mee Goreng Basah Daging, Sangat Mudah Disediakan.

Описание к видео Mee Goreng Basah Daging, Sangat Mudah Disediakan.

Menu daging kali ni iaitu mee goreng daging versi basah. Cara dalam video ni Che Nom rebus dulu daging sampai lembut, sebab gunakan bahagian keting yang banyak urat tapi sedap sangat dimakan kalau kita masak sampai lembut. Sedap tu boleh mengalahkan daging potongan mahal kalau kena cara masaknya.

Air rebusan daging pula kita guna untuk buatkan mee sedikit berkuah untuk jadikan mee goreng basah. Kalau guna daging bahagian batang pinang, atau bahagian lain yang lembut, nak masak terus tanpa rebus pun boleh sebab potongan tersebut mudah lembut bila dimasak.
Memang menarik dan sedap dimakan dengan tambahan telur, tomato, sayur sawi & taugeh untuk texture krup krap bila makan. Bahan-bahan simple aja, pasti mudah nak buat.


// Bahasa Melayu
--------------------------
Bahan-bahan:
300g daging
2 cawan air (untuk rebus daging)
Minyak masak
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
3 sudu besar cili kisar
Kicap manis
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 telur
1-2 sudu kecil lada sulah
1 ikat sayur sawi
1 pek mi kuning
1 biji tomato
Taugeh
Daun bawang
2 tangkai cili merah

//English
--------------------------
Ingredients:
300g beef
2 cups water (for boiling beef)
Cooking oil
3 cloves garlic
2 shallots
3 tbsp chilli paste
Sweet soy sauce
2 tbsp oyster sauce
3 tbsp chilli sauce
2 tbsp tomato ketchup
2 eggs
1-2 tsp white pepper
1 bunch mustard
1 pack yellow mee
1 tomato
Bean sprouts
Green onion
2 stalks red chilli

Support this channel: https://bit.ly/3v5A9vW
Instagram: https://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: https://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: https://bit.ly/CheNomFacebook

Комментарии

Информация по комментариям в разработке