PERMAISURI JOHOR SELAMI DENYUT NADI RAKYAT

Описание к видео PERMAISURI JOHOR SELAMI DENYUT NADI RAKYAT

PERMAISURI JOHOR SELAMI DENYUT NADI RAKYAT

DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, berkenan berangkat menyantuni rakyat tanpa mengira agama dan bangsa di Mukim Bukit Batu, Kulai hari ini (28 Ogos).

Baginda Tuanku Permaisuri yang sentiasa mendampingi rakyat mengunjungi empat keluarga di Kampung Sri Paya.

Baginda kemudian berangkat melawat tiga keluarga di Kampung Baru Kelapa Sawit melibatkan masyarakat India dan Cina, manakala di Kampung Rahmat pula seramai tiga keluarga.

Pada lawatan ke setiap kediaman, DYMM Permaisuri Johor turut berkenan mengurniakan bantuan makanan, sumbangan tunai serta beramah-mesra di samping bertanyakan keadaan kesihatan ahli keluarga.

Baginda juga meluangkan masa meninjau beberapa rumah yang keadannya sudah uzur serta mengalami pelbagai kerosakan.

DYMM Permaisuri Johor, bertitah agar kerja-kerja pembaikan dapat dilaksanakan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) demi kesejahteraan serta keselesaan penghuni.

“Saya mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi setiap keluarga yang dilawati hari ini, antaranya melibatkan masalah keadaan rumah, bantuan kesihatan dan pendidikan.

“Selain YSIJ, Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor dan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor akan turut membantu bagi meringankan beban mereka,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Mengiringi bersama DYMM Permaisuri Johor pada lawatan berkenaan ialah Tuan Haji Zainor Adani, Pegawai Daerah Kulai dan isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Puan Sri Datin Dato’ Dr. Azmi Rohani.

#theroyaljohor
#royalpressoffice
#johor

Комментарии

Информация по комментариям в разработке