Posmen lebih bermaruah dari Speaker, Zaid beritahu Johari

Описание к видео Posmen lebih bermaruah dari Speaker, Zaid beritahu Johari

Bekas menteri Zaid Ibrahim mendakwa Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menggunakan taktik melengah-lengahkan apabila membuat keputusan mengekalkan kerusi enam ahli parlimen Bersatu.

Mengulas kenyataan Johari bahawa dia "bukan posmen", Zaid berkata seorang posmen "lebih bermaruah" berbanding speaker itu kerana posmen tahu membuat tugasnya.

Semalam, Johari memberitahu Parlimen selepas ahli parlimen PN bertindak keluar dewan bahawa keputusan mengekalkan kerusi enam wakil rakyat Bersatu itu dibuat dengan berhati-hati.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке