ZAPIN MELAYU JOHOR (Panggung Seni Tradisional 2018)

Описание к видео ZAPIN MELAYU JOHOR (Panggung Seni Tradisional 2018)

Profesor Dr. Mohd Anis Md. Nor merupakan pelopor kepada kajian tarian dan muzik Zapin di Asia Tenggara. Malah, Prof. Dr. Mohd. Anis Md Nor sendiri telah mengasaskan pemugaran Zapin Melayu Johor pada tahun 1996. Catatan dan rakaman terawal yang beliau lakukan pada sekitar tahun 1983 hingga 1985 menyelusuri daerah-daerah lama peninggalan kerajaan Melayu Melaka di kawasan Lenga dan Panchor di hulu sungai Muar, kemudian menghilir ke daerah Muar untuk mencari saki baki peninggalan warisan Zapin Melayu. Dalam persembahan Zapin Melayu Johor terdapat struktur utama persembahan iaitu pembahagian persembahan kepada tiga bahagian utama. Bahagian-bahagian tersebut ialah Taksim atau Taqasim, Ragam dan Kopak serta Wainab.

Kredit: SSeM, Johor

Комментарии

Информация по комментариям в разработке