Sanisah Huri - Lagu Pujaan Ku (LIVE)

Описание к видео Sanisah Huri - Lagu Pujaan Ku (LIVE)

Persembahan LIVE Biduanita SANISAH HURI dalam Konsert Istimewa ASMARA DALAM LAGU di Auditorium Ngee Ann Kongsi, Galeri Nasional Singapura, Ahad 05 November 2017 @ 8 malam.
Acara dianjurkan bersama buat julung-julung kali oleh akhbar Berita Harian (BH) dan Majlis Seni Kebangsaan (NAC), dengan sokongan Persatuan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus) sempena Pesta Penulis Singapura. Ia juga diadakan sempena menyambut ulang tahun ke-60 akhbar BH.

Sanisah Huri - Lagu Pujaan Ku

Sedang aku duduk sendiri
Mendengar siaran radio
Lagu permintaan, lagu suka ramai
Sedang berkumandang

Juruhebah lunak suara
Menyiarkan lagu kedua
Lagu teman hati, lagu teman sunyi
Lagu pujaan ku

Perasaan ku dibuai
Irama yang merdu semesta
Riang rasa di hati
Lagu mu menawan hati

Juruhebah memohon diri
Tamat sudah rancangan tadi
Dengan ucapan selamat sejahtera
Kita jumpa lagi
Tinggal ku sendiri duduk mengenangkan
Lagu kenangan ku

Комментарии

Информация по комментариям в разработке