Dalat To Sibu - Satu Perjalanan

Описание к видео Dalat To Sibu - Satu Perjalanan

Perjalanan dari pekan Dalat ke bandar Sibu menggunakan pengangkutan awam (sungai / air) iaitu bot laju (speedboat) merupakan antara pilihan pengangkutan termudah dan tercepat bagi penduduk setempat dari pekan Dalat untuk ke Sibu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam itu akan dihidangkan dengan panorama yang cukup indah dan menarik sepanjang perjalanan. Yang lebih menariknya ialah perjalan 2 jam tersebut akan melalui 3 sungai dan 1 terusan iaitu Batang Oya, Batang Igan dan Batang Rajang manakala terusan pula akan melalui Terusan (sungai) Kut. Dengan harga tiket (tambang) RM25 bagi seorang untuk satu perjalanan itu amat berbaloi. Pengalaman indah dan unik ini rasanya sukar untuk dilupakan dan semuanya itu adalah cukup sinonim dengan masyarakat Melanau di daerah Dalat. Nikmati perjalanan ini dari pekan Dalat ke bandar Sibu...suatu hari itu... pengalaman saya. Sekiranya ada komen atau pendapat mohon diemelkan kepada saya atau catatkan diruangan komen. Terima kasih.

Shaq Darkshadow.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке