Norlia Ghani [Pt1] - Macam mana terjebak berlakon filem Kanchan Tirana | SANTAI RAKSASA

Описание к видео Norlia Ghani [Pt1] - Macam mana terjebak berlakon filem Kanchan Tirana | SANTAI RAKSASA

Assalamualaikum. Alhamdulillah, kali ini Raksasa Manja dikurniakan lagi rezeki oleh Yang Punya Rezeki untuk meneruskan lagi Santai Raksasa.

Kali ini tamu kami adalah seorang seniwati hebat yang kami amat hormati bukan hanya kerana bakat karya seninya malahan kerana keramahannya menerima dan melayan kami yang bukan siapa-siapa ini.

Terima kasih Mama Norlia Ghani!

Kali ini banyak kisah sejarah hidup beliau yang dikongsikan termasuklah siapa sebenarnya beliau sebelum bergelar seorang pelakon.

Dan antara kisah yang menarik lagi adalah kisah beliau bersama dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarhamah Saloma. Ini adalah kisah yang amat menarik bagi kami kerana banyak kisah-kisah yang selama ini kami tak pernah tahu telah diceritakan Mama Norlia Ghani.

Jadi marilah sama-sama kita menonton video ini. Jangan lupa Like, Share, Komen dan Subscribe!

Комментарии

Информация по комментариям в разработке