Logo video2dn
  • Сохранить видео с ютуба
  • Категории
    • Музыка
    • Кино и Анимация
    • Автомобили
    • Животные
    • Спорт
    • Путешествия
    • Игры
    • Люди и Блоги
    • Юмор
    • Развлечения
    • Новости и Политика
    • Howto и Стиль
    • Diy своими руками
    • Образование
    • Наука и Технологии
    • Некоммерческие Организации
  • О сайте

Скачать или смотреть SIRI 2E - Manuskrip Ulama Alam Melayu di Pattani

  • INSPIRE UniSZA
  • 2020-10-11
  • 240
SIRI 2E - Manuskrip Ulama Alam Melayu di Pattani
  • ok logo

Скачать SIRI 2E - Manuskrip Ulama Alam Melayu di Pattani бесплатно в качестве 4к (2к / 1080p)

У нас вы можете скачать бесплатно SIRI 2E - Manuskrip Ulama Alam Melayu di Pattani или посмотреть видео с ютуба в максимальном доступном качестве.

Для скачивания выберите вариант из формы ниже:

  • Информация по загрузке:

Cкачать музыку SIRI 2E - Manuskrip Ulama Alam Melayu di Pattani бесплатно в формате MP3:

Если иконки загрузки не отобразились, ПОЖАЛУЙСТА, НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если у вас возникли трудности с загрузкой, пожалуйста, свяжитесь с нами по контактам, указанным в нижней части страницы.
Спасибо за использование сервиса video2dn.com

Описание к видео SIRI 2E - Manuskrip Ulama Alam Melayu di Pattani

Patani Darul Salam yang meliputi wilayah-wilayah Patani, Yala dan Narathiwat di bawah kerajaan Thailand sekarang merupakan antara beberapa buah negeri di Alam Melayu yang melahirkan ramai ulama. Ia telah wujud sejak berabad lamanya. Catatan Cina menyebut kewujudan kerajaan Melayu di Pantai Timur Semenanjung, Segenting Kra, Lembah Sungai Mekong dan persisiran pantai Semenanjung Indo-China mulai awal kurun Masehi sehingga ke abad ke-15 secara silih berganti dan juga secara serentak. Antara kerajaan terawal yang bertapak di Patani ialah kerajaan Langkasuka.
Kegiatan keilmuan dan penulisan sudah menjadi begitu penting di Patani sejak abad ke-17 lagi. Kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa institusi pengajian pondok yang pertama kali didirikan di Patani merupakan institusi pengajian yang tertua di Asia Tenggara. Para alim ulama Patani dikatakan telah mula melaksanakan tugas tarbiah dan pendidikan menerusi sistem pondok sejak abad ke-12 lagi.
Menjelang akhir abad ke-18 hingga sepanjang abad ke-19, Patani terus berperanan sebagai pusat tamadun Islam, meskipun dalam keadaan siasah yang tidak menentu. Bahkan, ia turut menjadi pusat kegiatan kesusasteraan Melayu Islam menerusi kelahiran ulama pengarang terkenal seperti Syeikh Daud Abdullah, Syeikh Hasan Ishak (Tuan Hasan Besut), Syeikh Wan Mohd Zain Mustafa, Syeikh Abdul Qadir Mustafa (Tok Bendang Daya), Syeikh Abdul Qadir Abdul Rahman (Syeikh Nik Dir), Syeikh Zainal Abidin Muhammad (Tuan Minal), Syeikh Muhammad Ismail (Syeikh Nik Mat Kechik), Syeikh Wan Ahmad Mohd Zain (Tuan Faridah) dan Syeikh Abdul Rahman Mohd. Ali (Tok Gudang).
Rumpun ulama tersebut bukan sahaja gah tersohor di Patani dan serantau, malah diakui sebagai alim ulama ulung hingga ke negara-negara Arab, Turki dan utara Afrika. Sebahagian ulama tersebut telah diktiraf untuk ditauliahkan mengajar di Masjidil Haram di Mekah. Ketika itu, Patani yang mendapat gelaran Cermin Mekah telah dikunjungi oleh ramai penuntut Islam dari Sri Lanka, Myanmar, Kemboja, Vietnam, Filipina, negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, dan Acheh, Sulawesi, Kalimantan, Jawa dan Brunei.
Ulama Patani diakui memberikan sumbangan yang besar terhadap kegemilangan ilmu dan peradaban insan di Alam Melayu sejak sekian lama. Dalam bidang penulisan, mereka telah banyak menghasilkan karya yang bermutu tinggi. Ia telah dimanfaatkan oleh beberapa generasi sebagai satu warisan peradaban dan keilmuan yang tinggi nilainya. Hasil penulisan mereka ada yang telah sampai ke tangan kita dan ada yang sebaliknya. Sebahagiannya telah dicetak dan dijenamakan semula, namun sebahagian yang lain masih kekal dalam bentuk asal. Hal ini memerlukan kajian dan tindakan lanjut agar ia sama-sama dapat dimanfaatkan.
Justeru, UniSZA telah mengambil tanggungjawab untuk mendigitalkan keseluruhan manuskrip ulama silam yang ditemui di Patani dan wilayah-wilayah sekitarnya di bawah Projek Pendigitalan Manuskrip Ulama Silam Patani.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке

Похожие видео

  • О нас
  • Контакты
  • Отказ от ответственности - Disclaimer
  • Условия использования сайта - TOS
  • Политика конфиденциальности

video2dn Copyright © 2023 - 2025

Контакты для правообладателей [email protected]