Proton X70 2019 Ulasan Pemanduan - Roda Pusing Review Bhg. 2/2

Описание к видео Proton X70 2019 Ulasan Pemanduan - Roda Pusing Review Bhg. 2/2

Oleh kerana kami menjalankan penilaian yang lebih terperinci daripada biasa untuk Proton X70, review ini kami bahagikan kepada dua video. Jika anda lebih minat menonton video Ulasan Uji Belek, sila ikuti pautan ini:    • Proton X70 2019 Ulasan Uji Belek - Ro...  

Dalam video ini kami ada nyatakan bahawa aspek sistem keselamatan canggih X70 ini adalah yang terbaik dalam segmen. Kami nyatakan juga yang Honda CR-V varian tertinggi sahaja yang mampu menyainginya dengan fungsi Adaptive Cruise Control berserta Low Speed Follow. Ya, Lane Keep Assist (LKA) dan Road Departure Mitigation (RDM) iaitu kawalan stereng berkendiri untuk mengelakkan tersasar lorong juga memberikan kelebihan kepada CR-V. Mazda CX-5 juga ada Lane Keep Assist. Untuk aspek ini, X70 masih ada Lane Departure Warning, iaitu amaran tersasar lorong. Secara keseluruhan pula, setelah mengambil kira ciri-ciri seperti Intelligent High Beam Control (IHBC) yang mengawal lampu tinggi secara automatik, Tyre Pressure Monitoring System (TPMS) yang memantau tekanan udara dan juga suhu tayar, serta kamera 360° yang jauh lebih maju berbanding saingan lain, kami tetap dengan pandangan kami bahawa X70 terbaik dalam segmen untuk sistem keselamatan canggih atau maju.

Proton X70
Harga jualan atas jalan tanpa insurans:
Dari RM99,800 sehingga RM123,800

Spesifikasi:
Enjin: 1,799 cc, 16 injap, 4-silinder DOHC TGDi (Turbo)
Kuasa Maksima: 184 PS @ 5,500 rpm
Tork: 285 Nm @ 1,700 - 4,400 rpm
Transmisi: Automatik 6 Kelajuan dengan mod Manual
Panjang / Lebar / Tinggi (mm): 4,519 / 1,831 / 1,694
Wheelbase (mm): 2,670
Saiz Tayar: 225/65 R17, 225/60 R18, 225/55 R19
Berat Lengkap (kg): 1,660 - 1,725

Kadar penggunaan bahan api:-
Angka rasmi Proton untuk varian 2WD (gabungan bandar & lebuh raya)
12.1 km/L
Bandar raya (ujian piawai Roda Pusing)
13.0 km/L
Nota: Catatan ujian berdasarkan bacaan komputer perjalanan yang sedia ada pada kereta.
Untuk catatan bandar raya, ujian dijalankan dengan tempoh pemanduan melebihi 30 min pada purata kelajuan 25km/j. Catatan ini agak terlalu baik pada pandangan kami, oleh itu ujian lebuh raya tidak dijalankan sehingga ujian pada unit X70 yang lain dapat dilakukan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
www.proton.com/en/protonx70

Sila ikuti kami juga di:
Facebook: www.facebook.com/rodapusingmy
Instagram: roda_pusing, hishamjahudi, tengkudjanley

Комментарии

Информация по комментариям в разработке