TRIVIA | EKSPLOITASI MAJIKAN TERHADAP P. RAMLEE

Описание к видео TRIVIA | EKSPLOITASI MAJIKAN TERHADAP P. RAMLEE

EKSPLOITASI MAJIKAN TERHADAP P. RAMLEE

majikan adalah kapitalis yang mendominasi modal, tenaga, kuasa dan juga pengaruh!

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa P. Ramlee sangat menitikberatkan kualiti berbanding kuantiti.

Sebab itu beliau pernah mencadangkan kepada Shaw Brothers mempertimbangkan penggunaan filem warna bagi menggantikan filem hitam-putih yang dianggap lapok dan ketinggalan zaman.

Shaw Brothers menolak mentah-mentah cadangan tersebut atas kepentingan komersialnya sendiri.

Mungkin juga Shaw Brothers tidak pernah melihat filem Melayu sebagai khazanah seni bagi masyarakat Melayu serantau.

Apa yang dilihat setakat mana karyawan-karyawan Melayu boleh dieksploitasi dan sejauh mana syarikat boleh membuat sebanyak wang daripada penindasan itu.

Sebagai industrialis dan kapitalis, perkara pokok ialah keuntungan maksimum melalui manipulasi dan eksploitasi yang maksimum.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке