Kunjungan Al Arqam ke majlis zikir (1985)

Описание к видео Kunjungan Al Arqam ke majlis zikir (1985)

Kunjungan ke Majlis Zikir (1985) (Video original)
www.memoriarqam.com
Video ini memaparkan kunjungan rombongan Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad ke beberapa jemaah tariqat dan majlis zikir di Mesir, Jordan, Maghribi dan Tunisia pada 1985. Di antaranya:

- Tariqat Qadariyah Asshazaliyah, Jordan
- Tariqat Darqawiyah, Maghribi
- Tariqat Ahmadiah, Mesir
- Tariqat Azmiah, Mesir
- Tariqat Burhaniah, Mesir
- Hadrah, Tunisia
- Aurad Muhammadiah, Jordan

Video ini juga akan membuka minda dan meluaskan pengalaman kita mengenai wujudnya kaedah-kaedah berzikir yang pelbagai diamalkan di negara-negara Islam yang lain, dan bukan sekadar kita memandang apa yang ada di Malaysia sahaja.

Di dalam video ini, ada beberapa scene yang menunjukkan Almarhum Ustaz Ashaari ikut serta di dalam beberapa pergerakan semasa majlis zikir tersebut sebagai menghormati tuan rumah. Diharap janganlah ada pihak berniat jahat dan memanipulasi video ini dengan menunjukkan Al Arqam dahulu juga pernah mengamalkan zikir menari ini.

Betul atau salah, sesat atau benar kaedah zikir yang dipaparkan di dalam video ini maka perlulah kita suluh dengan ilmu masing-masing. Tidak rugi jika bertanya, mencungkil, mengkaji dan menimba ilmu sehingga kemusykilan kita terjawab, Yang rugi ialah apabila tuduhan dibuat tanpa sandaran ilmu dan hujah syariah. Ini hanya menunjukkan kedangkalan pemikirian seseorang individu itu.

Seperti pendedahan mengenai bahaya Syiah pada tahun 1987, video ini telah awal-awal lagi membuka minda anggota Al Arqam tentang wujudnya kaedah-keadah berzikir yang pelbagai.

Inilah sejarahnya bahawa langkah-langkah perjuangan Al Arqam, satu ketika dahulu, sentiasa mendahului zamannya. "La Hawla wa La Quwwata Illa Billah" (لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ اِلَّا بِالله)

Комментарии

Информация по комментариям в разработке