Cuti-Cuti Malaysia 2022 - Menemui Semula

Описание к видео Cuti-Cuti Malaysia 2022 - Menemui Semula

#CutiCutiMalaysia #AinaAbdul #MenemuiSemula
Dengarkanlah lagu baharu Cuti-Cuti Malaysia dan TEMUI SEMULA destinasi-destinasi yang mengamit memori.

PENYANYI : AINA ABDUL
KOMPOSER : ANANTH KUMAR
PENULIS LIRIK : JAMES BOYLE
___________________________________________________________________________
Lirik:
Di bawah langit biru
Menghayati pentas keindahan
Bercuti dalam negara
Yang penuh keistimewaan
Menemui semula keindahan Malaysia
Menggamitku kembali

Cuti-Cuti Malaysia
Cuti-Cuti Malaysia

Jom bercuti semua
Rehatkan minda bersuka ria
Dengan keluarga tersayang
Kawan-kawan pasti riang

Kaya dengan sejarah
Berbilang bangsa, adat dan budaya
Alam semulajadi
Penuh dengan warna warni
Malaysia mempesona
Semuanya kita ada
Malaysia mempesona
Di mata dunia

Jom Cuti-Cuti Malaysia bersama
Memori indah pastinya kekal di hati
Menikmati keindahan alam semulajadi
Menggamitku kembali

Cuti-Cuti Malaysia
Dari desa hingga ke kota
Pelbagai destinasi
Untuk diterokai
Malaysia mempesona
Semuanya kita ada
Malaysia mempesona
Di mata dunia

Jom Cuti-Cuti Malaysia, bersama
Memori indah pastinya kekal di hati
Menikmati keindahan
Alam semulajadi
Menggamitku kembali

Marilah bersama, nikmati keindahan
Pantai yang terindah, senyuman yang menawan
Menemui semula keindahan Malaysia
Menggamit ku Kembali

Cuti-Cuti Malaysia
Cuti-Cuti Malaysia

#cuticutimalaysia #malaysiatrulyasia #menemuisemula

Комментарии

Информация по комментариям в разработке