Buku "Fatwa & Perbezaan Pandangan, Cabaran & Penyelesaian"

Описание к видео Buku "Fatwa & Perbezaan Pandangan, Cabaran & Penyelesaian"

Dapatkan Buku "Fatwa & Perbezaan Pandangan, Cabaran & Penyelesaian"

Dr. Mohd Farid Mohd Shahran & Mohamad A'sim Ismail

👉 https://www.ikimniaga.my

Fatwa dan Perbezaan Pandangan merupakan dua perkara penting dalam tradisi keilmuwan Islam. Kedua-duanya mempunyai kaitan rapat kerana fatwa lazimnya timbul apabila berlaku perbezaan pandangan dalam kalangan ahli fiqah yang disebabkan tiadanya hukum pada isu-isu baharu. Di dalam buku ini, kedua-dua tema tersebut dibincangkan melalui perbahasan secara teori dan praktis. Antara perbahasannya adalah berkaitan kedudukan fatwa dalam ilmu usul fiqah dan cerminannya dalam pemikiran tokoh silam seperti Imam al-Ghazali. Turut dikupas adalah cabaran pemerkasaan institusi kefatwaan di Malaysia terutama dalam rangka mencari jalan penyelesaian ke arah penyelarasan fatwa antara negeri-negeri di Malaysia. Kedudukan fatwa dalam perundangan negara juga diteliti di samping penekanan terhadap keperluan kepada perbahasan fatwa dalam konteks fiqah yang lebih bersifat setempat. Sementara itu, di bawah tema perbezaan pandangan, buku ini mengimbau pendekatan yang dibawa oleh tradisi keilmuwan Islam terutama dalam konteks adab perbahasan ilmiah dan perdebatan. Dalam bidang usul fiqah pula, perbezaan pandangan dihuraikan melalui konsep-konsep penting seperti ijtihad dan talfiq. Pada akhir buku ini turut dibincangkan sejauh mana Islam melihat prinsip, adab dan kaedah perbezaan pandangan ini agar mampu membawa kepada kebaikan kerahmatan dan bukan perpecahan.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке