DI SUATU KETIKA DI KAMPUNG |

Описание к видео DI SUATU KETIKA DI KAMPUNG |

Kampung Kibbas terletak di daerah Ranau dan terletak kira-kira 4 km sebelum Pekan Ranau dari Kota Kinabalu. Kg. Kibbas adalah gabungan 5 buah kampung kecil iaitu Kg. Kimondou, Kibarambang, Batu 4, Batu 5 dan Sumaang. Daripada 5 buah kampung tersebut, Kg. Kimondou adalah kampung yang paling ramai penduduk. Pada tahun 1978 penduduk Kg. Kimondou telah berpindah ke Kibarambang dan Batu 4 atas alasan sukar untuk mendapatkan sumber air di Kg. Kimondou. Nama sekolah kekal dengan nama SK Kimondou walaupun dia berada di Kg. Kibbas pada saat ini. Semua penduduk Kg. Kibbas berasal dari Bundu Tuhan yang telah berhijrah sekitar tahun 1930-1940an. Kg. Kibbas senang ditemui kerana kampung ini dibahagi dua oleh jalan raya utama menghubung antara Kota Kinabalu - Sandakan sehingga di namakan Kibbas Atas dan Kibbas Bawah.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке