Ustaz Don Daniyal Sebar Hadis Tidak Sahih? | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

Описание к видео Ustaz Don Daniyal Sebar Hadis Tidak Sahih? | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

PETALING JAYA – Saya sudah maklumkan kepada tuan badan sendiri.”

Demikian respons Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman yang menegaskan tindakan merehatkan pendakwah bebas Don Daniyal daripada mengendalikan program Salam Baitullah bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap acara tersebut.

Kata Suhaimi, 62, pendakwah terbabit juga sudah dimaklumkan bahawa langkah sedemikian diambil bagi mengelakkan perbalahan berpanjangan dalam kalangan netizen dalam media sosial.

Saya sudah maklumkan perkara ini pada tuan badan sendiri. Keputusan itu dibuat untuk meredakan keadaan memandangkan pelbagai pendapat dan perbahasan yang tidak perlu berlaku.

“Langkah itu juga sedikit sebanyak mengurangkan kontroversi yang mungkin mengganggu kelancaran perjalanan program Salam Baitullah.

“Saya kira kalau tiada sebarang tindakan diambil, perkara ini akan melarat sekali gus mencemarkan kredibiliti dan nama program itu sendiri,” katanya ketika dihubungi HibGlam.

Tambah Suhaimi lagi, pendakwah tersebut hanya direhatkan sementara waktu sahaja dan akan kembali mengendalikan program tersebut jika dirasakan masih bersesuaian.

Sebenarnya bukan Ustaz Don sahaja direhatkan, semua orang yang terlibat juga direhatkan sementara waktu.

“Keputusan untuk merehatkan dia buat sementara waktu untuk meredakan keadaan, jika sesuai kita kembalikan, jika sebaliknya, kita cari pengganti lain,” jelasnya.

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan daripada Ustaz Don sendiri tidak berjaya apabila dia mahupun pengurusnya gagal dihubungi dan pesanan mesej tidak dibalas.

Sebelum ini, Don Daniyal memberitahu dia tidak dimaklumkan mengenai keputusan dia direhatkan daripada terus mengendalikan program Salam Baitullah.

Pengurusnya iaitu Ana memberitahu pihaknya masih menanti arahan secara rasmi daripada pihak produksi sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Terdahulu, nama Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 40, menjadi sebutan ekoran berkongsi kisah percintaan pertama Nabi Muhammad SAW yang didakwa bersandarkan cerita dan hadis palsu.

Perkara itu mencetuskan kemarahan orang ramai selain menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada pendakwah bebas itu.

Don merupakan salah seorang pengacara Salam Baitullah yang digandingkan bersama Fakrul Razi daripada kumpulan UNIC.

Salam Baitullah merupakan rancangan tonggak RTM bersiaran setiap kali musim haji yang telah memasuki musim ke-16.

Rancangan ini juga menampilkan barisan panel pendakwah terkemuka tanahair, berkongsi pengalaman, tip dan juga panduan kepada bakal haji.

Sokong Saluran YouTube Kami dengan langganan di bawah ini:
   / @realridzstudio  

Atau Melalui "Buy a Super Thanks" di mana menyokong kerja media di realridz studio
(Pilih Ikon ❤️ "Thanks" sebelah ikon "Share")

Rakaman ini mengandungi hakcipta terpelihara. Sesiapa yang mengambil tanpa kebenaran, menyunting atau dengan apa jua cara adalah dilarang tanpa izin. Sebarang soalan sila e-melkan ke: [email protected]

Terima kasih!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ikuti DATO' DR. DANIAL ZAINAL ABIDIN di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan Telegram untuk mendapatkan info kuliah yang terkini.

Untuk menyumbang bagi membantu kos pengoperasian boleh dilakukan melalui akaun bank
CIMB - 7021 2844 65 / MAYBANK - 1070 3214 5524
di atas nama Mohamad Ridzuan

e-melkan bukti pembayaran: [email protected] / WA +60124372108.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке