Antara punca atap / bumbung genting bocor.

Описание к видео Antara punca atap / bumbung genting bocor.

Kenapa berlaku masalah kebocoran di siling rumah:

Perkara seperti ini sering melanda kepada pemilik rumah lama ,tapi rumah baru pun ada berlaku sedemikian, kenapa?

Biasanya faktor bumbung. Pengubahsuaian rekabentuk yang tidak sesuai mempengaruhi sistem pengaliran air yang turun diatasnya.

Keretakan concrete, berlaku juga pada bumbung rumah yang dibina dengan menggunakan cara concrete slab gutter, kebiasaannya sukar untuk mengenal pasti tempat berlaku kebocoran yang tepat.

Genting - Berlaku akibat keretakan pada alur genting atau genting pecah, kerosakan genting biasanya berlaku sewaktu pemasangan dimana pijakan tukang sewaktu bekerja. Berlaku juga jika terdapat objek terbang sewaktu ribut. Kesukaran mengenal pasti tempat berlaku bocor yang sebenar terjadi jika ada pemasangan aluminium foil di bawah atap, sebab halangan ini memberi kesan besar mengenal pasti tempat sebenar yang bocor, cara mengesan spot bocor yang terbaik ialah dari dalam siling kerana terdapat cahaya menembusi dibawah bumbung. Jika atap genting adalah pemasangan baru, berlaku kebocoran mungkin di sebabkan kecerunan atap yang rendah, dimana bila hujan terlalu lebat disertai angin yang kuat akan menolak air yang turun naik keatas atau disebut reverse flow. Jika selisih atau cerun atap rendah maka mudahlah air menitis ke dalam siling rumah.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке