Pulut Durian Sedap Berlemak | Resepi Pulut Rice Cooker dan Pulut Kukus

Описание к видео Pulut Durian Sedap Berlemak | Resepi Pulut Rice Cooker dan Pulut Kukus

#pulutdurian #pulutricecooker #pulutkukus #pulutsukatancawan #durian

Resepi Pulut Durian

Bahan-bahan pulut versi Rice Cooker
• 4 cawan beras pulut
• 2 ¾ cawan santan perah
• ½ sudu garam
• 1 daun pandan simpul
kalau guna 2 cawan beras pulut = 1 ½ cawan santan perah

Resepi pulut versi Rice Cooker
1. Basuh dan rendam beras pulut selama 15 minit
2. Panaskan santan, daun pandan dan garam sehingga mendidih
3. Masukkan santan yang mendidih kedalam pulut dan kacau rata
4. Tanak pulut seperti biasa
5. Apabila sudah ‘Warm’, kacau dan balik-balikkan pulut
6. Kemudian tekan ‘Cook’ lagi sekali dan biar pulut masak
7. Pulut Rice Cooker dah siap!

Bahan-bahan pulut versi kukus
• 2 cawan beras pulut
• 2 cawan santan perah
• ½ sudu garam

Resepi pulut versi kukus
1. Basuh dan rendam beras pulut selama 3 jam
2. Masukkan garam dalam santan dan kacau rata
3. Masukkan santan ke dalam pulut
4. Didih air dalam pengukus, kemudian kukus pulut selama 25 – 30 minit.
8. Selepas 25 minit, kacau dan balik-balikkan pulut
5. Kemudian sambung kukus lagi 5 minit
6. Pulut kukus dah siap!

Bahan-bahan kuah santan
• 1 cawan santan perah
• 1 sudu kecil garam
• 1 daun pandan simpul

Resepi Kuah Santan
1. Panaskan santan, garam dan daun pandan sekejap
2. Boleh hidangkan pulut bersama kuah santan dan durian
3. Selamat menjamu selera!

Many thanks to this cover song:    • De Electras - Lemak Manis | Cover  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке