TRIVIA | PART 1 | BIOGRAFI SENIWATI MARIANI ISMAIL | LAGENDA FILEM MELAYU KLASIK

Описание к видео TRIVIA | PART 1 | BIOGRAFI SENIWATI MARIANI ISMAIL | LAGENDA FILEM MELAYU KLASIK

#Channel20sen

Siti Mariam Ismail atau lebih dikenali sebagai Mariani dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar, Singapura.

Anak pertama daripada dua orang adik beradik, hasil daripada perkahwinan di antara Ismail Osman dengan pasangannya Umi Kalsom Mahbon.

Seniwati Mariani adalah kakak kepada Seniwati Saloma atau Salmah Ismail. Beliau dibesarkan di Singapura dan menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Glam, Singapura.

Pada usia 17 tahun, Mariani memasuki pertandingan ratu cantik di Singapura dan beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan tersebut.

Kemenangan yang diraih dalam pertandingan ratu cantik peringkat amatur - Miss Singapore 1951 itu telah membuka jalan dan ruang untuknya melebarkan sayap dalam bidang lakonan.

Percubaan Mariani menghadiri uji bakat itu telah membuahkan hasil apabila beliau ditawarkan berlakon oleh Shaw Brothers dalam filem Chemburu di bawah arahan S. Ramanathan pada tahun 1952.

Mariani memegang pelbagai peranan dan watak sama ada pelakon utama mahupun pelakon pembantu.

Namun, sepanjang penglibatan Mariani dalam lakonan, beliau sering menerima peranan sebagai wanita jahat, penggoda, penghasut, pisau cukur, perempuan kaberet dan juga perosak rumah tangga.

Walaupun begitu, Mariani turut diberikan peranan sebagai wanita baik dalam beberapa buah filem. Antara watak yang dilakonkannya adalah seperti dayang, gundik istana, isteri yang lumpuh dan sakit.

Pada usia 82 tahun, Seniwati Mariani disahkan meninggal dunia akibat kanser usus di kediamannya di Taman Kosmo Jaya, Sentul pada hari Selasa, 1 Disember 2015 jam 7.32 malam.

Walaupun tidak menerima pengiktirafan yang tinggi, namun itu tidak memadamkan semangat dan rasa cinta Mariani pada dunia seni yang menjadi darah dagingnya.

Sehingga akhir hayatnya, Mariani masih terus aktif bergiat dan setia mengabdikan diri walaupun jasadnya dimamah usia.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке