Majalah 3 (2020) | Mon, Mar 30

Описание к видео Majalah 3 (2020) | Mon, Mar 30

Menarik minggu ini:
1. Kampung Ghaib Tasik Pedu - 00:31
Berkeluasan 52Km Persegi dengan kedalaman 60meter Tasik Pedu merupakan tasik buatan manusia terbesar di negeri Kedah. Salah satu projek di bawah rancangan Malaysia pertama ini telah menelan belanja Rm200Juta pada tahun 1966. Selain memenuhi keperluan air bersih buat penduduk negeri itu, fungsi utama Tasik Pedu adalah membekalkan air ke kawasan tanaman padi di bawah lembaga kemajuan pertanian muda atau MADA
2. Titi Langit Sungai Sedim - 11:49
Terletak kira kira 120KM dari Alor Setar, Kedah. Daerah Kulim kaya dengan kehijauan hutan simpan yang terdapat disini, antaranya hutan simpan gunung inas. Kewujudan laluan Kanopi atau tree top walk merentasi Sungai Sedim kini menjadi tarikan buat pecinta alam sekitar. Mempunya keluasan 100Hektar. Taman Rekreasi Sungai Sedim menjadi lokasi yang sesuai untuk pembinaan laluan kanopi dek kerana sungai dan tumbuhannya yang masih belum tercemar.
3. Roti Canai Terbang - 24:48
Kepelbagaian Budaya secara tidak lansung menjadikan Malaysia terkenal dengan pelbagai jenis juadah makanan yang enak dan unik. Roti Canai adalah antara juadah yang populor dalam kalangan rakyat Malaysia. Mohd Ikram adalah antara mereka yang mengusahakan peniagaan roti canai di Lembah Klang. Berasal dari Kota Sarang Semut, Kedah. Ikram mula berniaga roti canai di Subang Damai, Selangor kira-kira 4 tahun lalu.
Majalah 3 membawakan keunikan kisah Malaysia dari aspek kemanusian, makanan, teknologi, sukan, alam sekitar dan jatuh bangunnya sebuah negara bernama Malaysia.

#Majalah3 #Majalah32020

Tonton episod penuh di :
http://www.tonton.com.my
   / tv3malaysiaofficial  

Комментарии

Информация по комментариям в разработке