BAGAIMANA MAKAM SAHABAT NABI BOLEH BERADA DI EROPAH | ABU AYYUB AL ANSARI

Описание к видео BAGAIMANA MAKAM SAHABAT NABI BOLEH BERADA DI EROPAH | ABU AYYUB AL ANSARI

Abu Ayyub al-Ansari merupakan salah seorang Sahabat Nabi Muhammad SAW yang berasal dari Madinah, yang juga merupakan golongan yang menyambut kedatangan Nabi SAW ketika peristiwa Hijrah. Beliau sangat mengasihi Rasulullah SAW dan sanggup berjuang dan berkorban demi mempertahankan dan mengembangkan syiar Islam sehingga akhir usianya.

Semasa Perang Khandaq di Madinah, Rasulullah saw telah bersabda bahawa 1 hari nanti Kota Konstantinopel di Turki akan ditakluk oleh Orang Islam dan orang yang menakluknya ialah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya ialah sebaik-baik tentera iaitu pemimpin yang sangat soleh, sebaik-baik khalifah, askar yang tawaduk pada Allah dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat ketika zaman itu.

Lalu, selepas sabda Rasulullah saw tersebut, para sahabat pun menanam azam untuk menakluk Kota Konstantinopel. Lalu, berbagai usaha telah dirancang untuk menyerang dan manakluk bumi bertuah tersebut yang hari ini dikenali sebagai Istanbul.

Usaha untuk menawan Kota Konstantinopel bermula sejak dari zaman pemerintahan Umar Al-Khattab lagi, dan diteruskan sehingga ke zaman pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyyah namun kesemuanya tidak berjaya.



Usaha untuk menakluk Kota tersebut diteruskan tanpa henti sehingga 800 tahun kemudian oleh Kerajaan Turki Uthmaniyah. Abu Ayyub al-Ansari yang mempunyai semangat jihad yang kuat berusaha bersungguh-sungguh untuk menawan Kota Konstantinopel sejak dari zaman pemerintah Umar Al-Khattab kerana percaya pada sabda Rasulullah saw yang sinar Islam akan bersinar megah di Kota Konstantinopel dan Orang Islam berjaya mengalahkan Kerajaan Kafir Byzantin.



Kerajaan Byzantin ni ialah kerajaan yang sangat kuat dan berjaya memerintah dunia sehingga 11 abad lamanya & pusat pemerintahan Kerajaan Byzantin ialah di Kota Konstantinopel. Semagat juang Abu Ayyub al-Ansari sangat hebat. Tanpa berputus asa, beliau berusaha sedaya mungkin untuk menakluk kota agam Konstantinopel sehingga ke akhir hayatnya.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке