USTAZ MOKHTAR YAAKOB... HATI HATI DENGAN SIFAT CELAKO (MAZMUMAH) YANG MEMBAWA KEBINASAAN

Описание к видео USTAZ MOKHTAR YAAKOB... HATI HATI DENGAN SIFAT CELAKO (MAZMUMAH) YANG MEMBAWA KEBINASAAN

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” (Riwayat al-Bazzar).
Golongan keempat bermaksud mereka yang tidak suka kepada majlis ilmu. Golongan kelima pula ialah mereka yang menghalang majlis ilmu.
Dalam hadith yang lain, Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jadilah engkau orang alim (yang mengajar) atau orang yang belajar atau orang yang mendengar (pelajaran). Janganlah engkau menjadi orang yang keempat, akan rosaklah engkau.”
Orang yang berilmu tahu dan boleh menggunakan ilmunya bila diperlukan. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita mengajar anak solat sejak dari umur 7 tahun, supaya dapat dia bersolah apabila besar nanti .
Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).

Комментарии

Информация по комментариям в разработке