Sabri Yunus - Siapa Pok Ya Cong Codei? dan Wan Ismail Golok | SANTAI RAKSASA

Описание к видео Sabri Yunus - Siapa Pok Ya Cong Codei? dan Wan Ismail Golok | SANTAI RAKSASA

Antara Sabri Yunus, Pok Ya Cong Codei dan Wan Ismail Golok.

Alhamdulillah sekali lagi Raksasa Manja direzekikan untuk menemurah seorang insan seni yang bukan calang-calang karya seninya.

Seorang yang banyak pengalaman dalam pelbagai cabang seni. Mengenali beliau dari seorang pelakon yang membawa jiwa komedi hinggalah kepada pengarah yang membawa naskah-naskah yang membawa kisah rakyat yang medalam dan halus penyampaiannya.

Antara persoalan menarik yang kami tonjolkan antaranya berkenaan sitkom Pi mai pi mai tang tu, kisah Pok Ya Cong Codei, adakah Pok Ya Cong Codei bakal di filem kan, dan banyak lagi.

Apapun team Raksasa Manja mengucapkan jutaan penghargaan kepada abang Sabri Yunus kerana sudi menerima pinangan kami untuk bersembang santai.

Keduanya kami mengucapkan jutaan penghargaan kepada The Sunburst Store Ampang kerana sudi memberi kami ruang yang selesa untuk bersembang santai dengan abang Sabri Yunus. Terima kasih.

Jadi, kami persembahkan the one and only Sabri Yunus.

Intro Music by Amir Nor Azan (our blood)

Комментарии

Информация по комментариям в разработке