Apam Solo Yang Masih Single

Описание к видео Apam Solo Yang Masih Single

Assalamualaikum. Resepi yang saya kongsikan kali ni adalah salah satu resepi kuih tradisional iaitu resepi apam solo. Mungkin ramai yang tak pernah dengar nama kuih ni. Kuih ni sebenarnya lebih kurang macam apam biasa cuma di dalamnya ada inti. Boleh letak pelbagai jenis inti di dalamnya. Kebiasaanya inti kelapa manis dan inti kacang merah. Untuk membuat inti kelapa manis, boleh klik link resepinya kat bawah. Apam ni sesuai untuk dijadikan jualan kerana kosnya tak banyak dan cara untuk membuatnya juga sangat mudah. Saya gunakan acuan kuih lompang bersaiz L dan boleh dapat kuih apam sebanyak 26 biji. Selamat mencuba!!

**Anda bebas untuk menggunakan resepi ini untuk tujuan perniagaan dan sebagainya. Kami ikhlas untuk berkongsi resepi kepada anda semua. Semoga anda semua dilimpahkan lagi rezeki **

Bahan-Bahan
1 ½ cawan (190 gm) Tepung Gandum
½ cawan (60 gm) Tepung Beras
Secubit Garam
½ cawan (100 gm) Gula
1 sudu besar Yis
1 ¼ cawan (315 ml) Air
¼ cawan (60 ml) Minyak
Inti Kelapa Manis / Inti Kacang

[English]
Ingredients
1 ½ cup (190 gm) Wheat Flour
½ cup (60 gm) Rice Flour
Pinch of Salt
½ cup (100 gm) Sugar
1 tablespoon Yeast
1 ¼ cup (315 ml) Water
¼ cup (60 ml) Oil
Sweet Coconut Paste / Red Bean Paste

Resepi Inti Kelapa Manis / Sweet Coconut Paste Recipe -    • Kuih Koci Resepi Mak Tanpa Kukus  

Beli Inti Kacang Manis / Buy Red Bean Paste ( Maaf tak ada resepi, tapi kalau nak beli boleh beli di link ini. Bukan saya yang jual ye. ) - https://t.productlink.io/a0530u6

#buatoranglapo



Join this channel to get access to perks:
   / @buatoranglapo  


Dapatkan Pes Kari Serbaguna by Buat Orang Lapo di Shopee https://shp.ee/avd2zab

Комментарии

Информация по комментариям в разработке