BURUK SANGATKAH AKU - FILEM PENDEK | SABAH SCREEN FEST 2022

Описание к видео BURUK SANGATKAH AKU - FILEM PENDEK | SABAH SCREEN FEST 2022

Buruk Sangatkah Aku merupakan filem pendek berdurasi 8 minit (Durasi keseluruhan: 8 minit 40 saat) mengisahkan seorang murid bernama Sybond yang benci untuk pergi ke sekolah akibat selalu menjadi bahan boneka rakan-rakannya. Ejekan, buli dan kata-kata kesat selalu dihadapi oleh Sybond setiap hari di sekolah menyebabkan dia trauma dan mempunyai daya keyakinan yang rendah. Sehinggakan pada suatu ketika dia benci akan dirinya sendiri kerana dilahirkan sebegitu dan beranggapan dia sangat buruk dimata orang lain. Namun, disebalik cabaran yang dihadapi, masih ada rakan-rakannya yang sangat baik dan mahu bersahabat dengannya. Selain itu, ibu dan gurunya juga sangat menyayanginya dan sentiasa memberikan kata-kata sokongan kepadanya. Semua ini menjadi kekuatan untuknya supaya lebih tabah menghadapi rintangan seterusnya menghargai dan mensyukuri dengan dirinya sendiri.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке