(SIRI I) PEDANG CURA SI MANJA KINI | Malam Kemunculan Sang Sapurba di Bukit Si Guntang

Описание к видео (SIRI I) PEDANG CURA SI MANJA KINI | Malam Kemunculan Sang Sapurba di Bukit Si Guntang

Alat-alat kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan regalia yang paling unggul dan dihormati. Perak mewarisi alat-alat kebesaran Kesultanan Melayu Melaka yang di bawa dari Kampar, Sumatera oleh Sultan Perak yang pertama, Sultan Mudzaffar Shah pada tahun 1528. Antaranya ialah Pedang Cura Si Manja Kini, iaitu alat kebesaran purba yang hebat, berasal dari kisah 3 Putera Raja bersaudara dari Bukit Si Guntang
menurut naskhah Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin.


Untuk mengetahui asal-usul pemilik Pedang Cura Si Manjakini, kita tidak dapat lari dari memahami kisah kemunculan 3 Putera Raja Suran iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita dan Nila Utama. Kisahnya bermula
di Bukit Si Guntang, Palembang.

“Alkisah, maka tersebutlah perkataan sebuah negeri di tanah Andalas, Palembang Namanya. Nama Rajanya Demang Lebar Daun. Muara Tatang nama sungainya. Di hulunya itu ada sebuah sungai, Melayu namanya. Adalah di sungai itu ada satu bukit bernama Bukit Si Guntang. Di hulunya Gunung Mahamiru, di daratnya ada satu padang bernama Padang Penjaringan”.

Dengan takdir dan kuasa Allah S.W.T jua, ketiga-tiga Putera Raja bersaudara ini muncul di atas Bukit Si Guntang pada waktu malam berserta nyalaan seperti cahaya api. Ia disedari oleh Wan Empuk dan Wan Malini yang tinggal berdekatan. Keesokan paginya mereka berdua memanjat puncak bukit tersebut dan menemui 3 orang lelaki muda yang memakai mahkota dan persalinan diRaja bertatahkan permata. Wan Malini dan Wan Empuk curiga dan bertanya; “Siapa tuan hamba bertiga ini?” Maka sahut Nila Pahlawan;
"Adapun kami ini bukan daripada jin dan peri, dan bukan kami daripada bangsa Indera. Bahawa kami ini adalah manusia. Asal kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain, dan nasab kami Raja Nusyirwan Adil, Raja Masyrik dan Maghrib. Pancar kami daripada Raja Sulaiman alaihis-salam”.

Putera Raja sulung, Nila Pahlawan yang dikenali sebagai Sang Si Perba membawa Curik Si Mandang Kini miliknya. Nila Utama, putera bongsu memiliki pedang Badram Belawa di samping senjata lain seperti kayu Cap Kerupa dan Lembing Lembuara yang dipercayai kepunyaan Krisyna Pandita. Berita tergempar tersebut diketahui oleh pemerintah Palembang, Demang Lebar Daun yang menyambut kemunculan 3 Putera Raja tersebut dengan hati gembira.

Syahadan, kisah ini menjadi mahsyur di seluruh Alam Melayu. Raja Minangkabau hadir ke Palembang memohon supaya salah seorang putera diangkat menjadi Raja. Maka, Sang Si Perba bersetuju dan berhijrah dengan alat kebesaran miliknya termasuk Curik Si Mandang kini untuk dirajakan di sana. Kerajaan Minangkabau dinamakan Pagar Ruyung kemudiannya. Pun begita, Putera Raja kedua, Krisyna Pandita dirajakan di Tanjung Pura setelah Rajanya dikhabarkan hilang. Maka, tinggallah Nila Utama yang kemudian ditabal sebagai Raja Palembang bergelar Seri Teri Buana.

Berbalik kepada kisah Curik Si Mandang Kini milik Sang Si Perba. Di Pagar Ruyung, terdapat seekor ular Sakti Mona (sesetengahnya menyebut naga) yang mengancam nyawa dan hasil tanaman penduduk. Sang Si Perba mengarahkan hulubalang Baginda, Permasku Bambang membunuh ular tersebut dengan mengunakan Curik Si Mandang Kini. Lalu ular tersebut dipenggal tiga dan mati, tetapi Curik Si Mandang Kini telah sumbing 190 menurut Sulalatus Salatin.

Terdapat percanggahan mengenai sosok Sang Si Perba dan Nilam Utama dalam versi A. Samad Ahmad, John Leyden dan William Shellabear. Versi pertama mengakhiri kisah Sang Si Perba dan Curik Si Mandang Kini di alam Minangkabau, sementara adik bongsunya Nila Utama dirajakan di Palembang dan kemudian membuka Singapura. Manakala, versi Leyden dan Shellabear pula menyebut Nila Utama adalah putera kepada Sang Si Perba. Tetapi kedua-dua versi tersebut bersetuju bahawa pemilik asal Curik Si Mandang Kini adalah Sang Si Perba.

Setelah 5 generasi berlalu, waris terakhir yang memiliki Curik Si Mandang Kini adalah Raja Iskandar Shah atau dikenali sebagai Parameswara. Baginda melarikan diri dari Singapura ketika serangan Majapahit, lalu mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1400.

SUMBER:
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) - A. Samad Ahmad (1979)
Malay Annals - John Leyden (1821)
Sejarah Melayu - Shellabear (1975)

MUSIC BACKGROUND:
Whitesand - Poseidon [Epic Cinematic]
Composed by Martynas Lau (Whitesand)

Release: 2018
Album: Monsters
Subscribe on Youtube: https://goo.gl/au5GJK
Facebook:   / martynlaur  
Twitter: https://goo.gl/otEqJC
Instagram: https://goo.gl/JN3LUb (@martynas_lau)
Discord:   / discord  

Support My Work -
Patreon:   / whitesand  
Paypal Donation: https://www.paypal.me/Whitesand

#SulalatusSalatin #SangSapurba #Palembang

Комментарии

Информация по комментариям в разработке