5 Jul - JENAZAH DATUK SHARIFAH AINI SELAMAT DIKEBUMIKAN

Описание к видео 5 Jul - JENAZAH DATUK SHARIFAH AINI SELAMAT DIKEBUMIKAN

Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61 tahun, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Damansara, pada pukul 1.30 pagi tadi akibat jangkitan fibrosis paru-paru sejak dua tahun lalu.

Keadaan Allahyarham, yang baru menyambut hari kelahiran 2 Julai lalu, semakin kritikal semenjak beberapa hari lalu dan menghembuskan nafas terakhir, di sisi anak tunggalnya, Aliff Omar.

Jenazah penyanyi yang popular dengan lagu Bunga Tanjung, dimandi dan disembahyangkan di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.

Dan jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Rakan-rakan artis, kenalan dan saudara mara, telah memberikan penghormatan terakhir kepada allahyarham.

Pemergian biduanita ini juga mendapat reaksi kepimpinan negara dengan merakam takziah kepada seluruh ahli keluarga.

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laman sosialnya melahirkan kesedihan dengan pemergian allahyarham.

Turut berbuat demikian, Timbalan Perdana Menteri dan isteri, dalam kenyataan mengucapkan takziah buat seluruh keluarga allahyarham sambil menyifatkan kehilangannya tiada pengganti.

Beberapa pemimpin tertinggi negara juga turut merakamkan ucapan takziah.

Sebagai mengenang jasa serta sumbangan allahyarham, kementerian komunikasi dan multimedia bakal menghasilkan 'tribute khas'.

SUDAH TENTULAH SAYA RASA TERPANGGIL BAHAWA PERANAN YG HARUS DIMAINKAN OLEH BADAN PENYIARAN UNTUK MENGHASILKAN SATU TRIBUTE BAGAIMANA UNTUK MENGINGATI ALLAHYARHAMAH DAN BAGAIMANA UTK MENGENANG JASA BELIAU. DAN KALAU PADA TAHUN INI SAMBUTAN KEMERDEKAAN DIASASKAN OLEH ALLAHYARHAM SUDIRMAN, MAKA X MUSTAHIL SATU MASA NANTI KITA AKAN BUAT SESUATU.

Allahyarham dianugerahkan Biduanita Negara yang merupakan gelaran tertinggi negara untuk penyanyi wanita sebagai menghargai sumbangannya kepada industri muzik, rakyat dan negara oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) pada 2006.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке