Ust. Engku, Wahabi & Tawassul

Описание к видео Ust. Engku, Wahabi & Tawassul

Video asal Ust. Engku Ahmad Fadzil:
   • Ustaz Engku Ahmad Fadzil - BAHAYA FAH...  

Wahabi Ikut Salaf = Bohong!
   • Wahabi Ikut Salaf = Bohong!!  

Hukum Minta Tolong Sesama Manusia:
   • Hukum Minta Tolong Sesama Manusia  

Beberapa Pembetulan (tersalah cakap)
Minit 12:00 dan 21:35, al-Mu'jam al-Shogheir dan bukannya al-Mu'jam al-Ausath.
Minit 39:10: Musnad Abu Ya'la dan bukannya Musnad Ahmad.

Pembahagian Mengikut Bab Mengikut Masa (Time Stamp) oleh Ayambakar:

Muqaddimah
0:42 Objektif video - membalas kritikan
1:21 - Tawassul memang isu khilaf yang masyhur dan klasik, bukan isu Wahabi
1:39 - Seruan bersikap adil (mendengar hujah kedua-dua pihak) walau benci Wahabi
4:27 - Jauhi cemuhan, kritikan peribadi, tunjukkan akhlak Muslim

Hujah Ustaz Engku (UE)
5:23 Menjawab UE tentang Tauhid Asma wa Sifat dalam video bertajuk Wahabi ikut Salaf = bohong!
5:58 Video ini menjawab kekeliruan tentang isu tawassul sahaja
6:28 Hujah UE 1 - Tawassul ni Nabi yang ajar, macam mana boleh jadi kafir?
6:55 Hujah UE 2 - Sepakat Wahabi dan Wahabi yang taqiyah mengatakan istighatsah itu syirik
7:53 Hujah UE 3 - Wahabi Khawarij moden lebih teruk dari Khawarij zaman dulu
8:31 Hujah UE 4 - Allah sendiri yang suruh tawassul (Al-Maidah 5 ayat 35)
8:58 Hujah UE 5 - Tawassul yang disepakati
9:21 (Selingan) Apakah tawassul dan di mana khilafnya
9:57 Hujah UE 6 - Pembahagian tawassul kepada orang yang masih hidup dan telah mati adalah bid'ah
11:16 Hujah UE 7 - Dalil Uthman bin Hunaif untuk tawassul dengan orang yang telah mati
12:28 Hujah UE 8 - Umar tawassul dengan Abbas menunjukkan bolehnya tawassul dengan yang lain daripada Nabi
14:03 Hujah UE 9 - Membezakan tawassul orang hidup dan mati adalah bid'ah Wahabi berasal dari Ibn Taimiyyah

Penjelasan tawassul
14:38 Kepentingan memahami tawassul dengan betul dan terperinci
15:36 Tiga jenis tawassul yang diperselisihkan iaitu tawassul yang melibatkan manusia

Bahagian 1
16:35 Tawassul dengan kemuliaan orang soleh
17:06 Dalil bolehnya tawassul (yang disepakati) dengan kemuliaan orang soleh yang masih hidup - HR Tirmidzi No. 3502 / 3578 (tahqiq Ahmad Syakir)
( 19:10 Lafaz doa )

21:08 Khilaf tawassul dengan kemuliaan orang soleh yang dah mati

(a) 21:25 Dalil boleh - HR Tabarani dalam al-Mu'jam al-Shogheir no.508 (sahih di sisi Imam Tabarani ( 23:13 ) )
- 24:27 Hujah sokongan - kemuliaan itu tetap berlanjutan walau sudah mati
- 28:23 Hujah sokongan yang mungkin - Nabi tak buat, tak semestinya tak boleh buat

(b) 22:54 Dalil tak boleh / kenapa bid'ah
* Hujah bantahan 1 ( 24:00 ) - Hadis berkenan dhaif
* Hujah bantahan 2 ( 25:46 ) - Tiada contoh dari Nabi bertawassul dengan para Nabi atau orang soleh terdahulu
* Hujah bantahan 3 ( 28:38 ) - Nabi tak buat bermakna itu bukan sebahagian dari agama
* Hujah bantahan 4 ( 30:04 ) - Nabi adalah penjelas Al-Qur'an (Al-Nahl 16 ayat 44) untuk menjelaskan perintah tawassul (Al-Maidah 5 ayat 35)

32:20 Rumusan Bahagian 1

Bahagian 2
33:26 Tawassul (yang disepakati) dengan minta orang soleh doa kepada Allah
33:56 Contoh dalil boleh - An-Nisa' 4 ayat 64
35:40 Contoh dalil boleh - Hadis Ukasyah HR Bukhari 6059 / 6541 (Fathul Bari)

37:49 Khilaf tawassul dengan minta orang soleh yang sudah mati doa kepada Allah

* Hujah boleh 1 ( 38:34 ) - Para Nabi hidup dan solat
Dalil - HR Abu Ya'la dalam Musnadnya (tahqiq Husin Salim Asad Al-Darani) No. 3425 dan Musnad Abu Ya'la (tahqiq Said bin Muhammad al-Saroni)

* Hujah boleh 2 ( 42:00 ) - Orang mati yang Kafir pun boleh berdoa dalam kubur.
Dalil - Al-Mukminun 23 ayat 99

* Hujah boleh 3 ( 43:56 ) - Orang mati boleh dengar orang hidup
- Dalil 1 ( 44:22 ) Jenazah mendegar tapak kaki HR Bukhari No. 1285 / 1374 (Fathul Bari)
- Dalil 2 ( 45:22 ) Nabi tanya mayat kafir Perang Badar HR Bukhari No. 3722 / 4026 (Fathul Bari)
- Dalil 3 ( 46:25 ) Beri salam pada ahli kubur Ibn Abdil Barr dalam Al-Istizkar disahihkan oleh Ibn Taimiyyah, mayat mendengar dan menjawab salam

46:58 Rumusan bagi yang membolehkan

Kenapa tak boleh / kenapa bid'ah ?
* Hujah bantahan 1 ( 48:17 ) - Nabi tak pernah pun meminta para Nabi terdahulu berdoa kepada Allah

* Hujah bantahan 2 ( 50:08 ) - Mayat hanya dengar apa yang Allah izinkan.
Dalil ( 51:43 ) - Fatir 35 ayat 22
Nota:
- 53:28 Mati hati atau mati jasad

* Hujah bantahan 3 ( 55:03 ) - Umar/sahabat2 lain tidak pergi kubur Nabi minta hujan ketika kemarau
Dalil - HR Bukhari No. 954 / 1010 (Fathul Bari)

Perkara penting :
1:00:27 Bezakan mana yang dihukum bid'ah dan mana yang dihukum syirik

Bahagian 3
1:02:25 Tawassul dengan meminta kepada orang soleh

(a) 1:03:18 Urusan manusia - tiada isu
- 1:03:47 Tiga syarat apabila minta tolong sesama manusia

(b) 1:07:02 Urusan Allah (istighatsah) - sekadar yang diketahui, semua sepakat yang ini syirik

- 1:09:21 Rumusan dan kesimpulan

Perkara Penting :
1:13:29 Walaupun dikatakan syirik, pelakunya tidak dihukum Musyrik secara automatik
1:14:21 Iqamatul hujjah

Penutup
1:18:09 Jalan selamat, keluar saja dari khilaf dan jauhi memfitnah sesama Muslim

Комментарии

Информация по комментариям в разработке