Maulid Nabi Yang Disalah Erti | Dr. Maza

Описание к видео Maulid Nabi Yang Disalah Erti | Dr. Maza

Maulidur Rasul Yang Disalah Erti | Dr. Maza

ZIKRA AL-RASUL: MENCINTAI RASULULLAH SAW SUATU KEWAJIBAN”
Beriman kepada Rasul adalah termasuk salah satu daripada 6 rukun iman yang wajib kita imani. Jika tidak mengikut petunjuk yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam kehidupan, maka manusia akan tersesat dalam kegelapan. Salah satu perkara yang membezakan antara para sahabat dengan musyrikin Mekah adalah golongan musyrikin mereka menolak kerasulan Nabi Muhammad SAW. Apabila kita telah beriman kepada Rasul, kita juga dituntut untuk mencintai baginda melebihi sekalian makhluk yang ada di bumi ini.

Mencintai adakalanya tidak perlu bertentangan mata antara satu sama lain, bukan juga syarat untuk mencintai seseorang perlu hidup sezaman. Adakalanya kita mencintai hanya kerana mendengar dan membaca berkaitan seseorang. Demikianlah kita umat Rasulullah SAW yang hidup pada zaman ini mencintai baginda tanpa pernah melihat susuk tubuhnya dan rupa paras Rasulullah SAW yang indah.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке