Bila Kilat sikit RCCB dah TRIP (Feedback Customer kata dah OK) | Pembumian / Earthing Bukan Punca

Описание к видео Bila Kilat sikit RCCB dah TRIP (Feedback Customer kata dah OK) | Pembumian / Earthing Bukan Punca

Assalamualaikum. Untuk video kali ni aku kongsikan sedikit kes atau punca apabila berlakunya TRIP semasa Kilat walaupun dari jauh dah Trip. Jiran aku Cikgu Lan adalah antara pelanggan tetap aku dan sebagai CSI mmg suka kes-kes sebegini. :p.

Alhamdulillah aku dapat feedback yang positif daripada Cikgu Lan mengatakan dah tidak trip walaupun ada kilat drp jauh..

Jadi kesimpulan aku blh bgtau Earthing bukan dibawah 10 ohm bukanlah punca kenapa RCCB mudah trip apabila kilat sikit.

Aku juga ada membuat beberapa research dan panduan daripada Standard UK, Manual daripada pengeluar RCCB seperti Schneider, Hager dan aku blh rumuskan untuk earthing bagi 100mA RCCB blh menggunakan formula 50V/100mA=500 Ohm. Ini bermakna nilai rintangan pembumian adalah pada kadar 500 ohm maksimum. Merujuk kepada Standard UK walaupun pengiraan Earthing ini maksimum pada 500 ohm adalah lebih baik mendapatkan nilai Earthing dibawah 200 ohm. Biasanya 2 batang Rod Copper nilai rintangan pembumian dah blh dapat dibawah 100 ohm.

Walaubagaimanapun mengikut panduan ST yang terkini Earthing perlulah dibawah 10 ohm (Edisi 2016).

Bagi aku secara peribadi pembumian 10 ohm ok tetapi jika dipasang dengan Surge Protection Devices (SPD) adalah lebih baik untuk perlindungan daripada KILAT jika kawasan rumah anda selalu berlakunya kilat.

(Maaf ada muziknya terlalu kuat sbb digantikan oleh youtube atas isu copyright)

Комментарии

Информация по комментариям в разработке